Pada hari ini jam 7:40PM, akan berlangsungnya acara ‘2021 MBC Gayo Daejejeon’.
Seperti yang diketahui sebelum ini, Jun-ho 2PM, Yoon-A SNSD dan Jang Sung-kyu akan menjadi hos di acara tersebut. Diadakan di bawah tema ‘TOGETHER’, 36 artis K-Pop yang telah bersinar pada tahun ini, akan menamatkan akhir tahun bersama-sama peminat dengan persembahan hebat mereka.
Selain itu, apa yang membuat peminat lebih teruja untuk menonton acara ini adalah, apabila diumumkan bahawa Yoon-A SNSD dan Jun-ho 2PM akan membuat persembahan istimewa bersama dengan lagu “Señorita”, nyanyian asal Shawn Mendes dan Camila Cabello.
OH MY GIRL, STRAY KIDS, NCT 127, ITZY dan ramai lagi akan turut buat persembahan di ‘2021 MBC Gayo Daejejeon’.
Jangan lupa tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.