Baru-baru ini, penampilan Se-hun EXO dalam “Street Man Fighter” telah menjadi bualan peminat.
Pada siaran 21 September program “Street Man Fighter”, Se-hun EXO telah tampil membuat penampilan istimewa dalam persembahan tarian kumpulan 1MILLION.
Untuk pengetahuan, Se-hun merupakan kawan rapat kepada ketua kumpulan 1MILLION iaitu Mihawk, dan dia juga pernah mencipta koreografi untuk lagu EXO termasuk lagu solo Se-hun “On Me”.
https://twitter.com/milkteus/status/1572248378943344645?s=20&t=468Yi_ndVn1wJmENgkE5xQ
Meskipun penampilannya hanya berdurasi selama 16 saat namun, Se-hun telah membuktikan kepopularitiannya dengan klip pendek tersebut berjaya meraih lebih 1.2 juta tontonan di Twitter kurang dari 24 jam.
Dalam pada itu, Se-hun bakal membintangi drama “All The Things That We Loved”, dan akan membawa watak sebagai remaja 18 tahun bernama Go Yoo yang turut dikenali sebagai pemain bola keranjang di sekolahnya.
Tarian Se-hun masih ‘power’ seperti biasa!