Rowoon SF9 bakal sertai rancangan hiburan “House On Wheels” musim yang keempat! Omoo bestnya!
Peminat Rowoon pastinya amat teruja untuk melihat dia beraksi dalam rancangan hiburan kan?
Baru-baru ini, pihak tvN sendiri mengesahkan penglibatan Rowoon dengan menyatakan,
Betul, Rowoon akan tampil dalam “House On Wheels 4”.
Bagi yang belum tahu, “House On Wheels” merupakan satu rancangan hiburan yang menampilkan pelbagai artis untuk menjelajah ke tempat-tempat nyaman dan tenteram di Korea dalam satu kenderaan, mobile home dan mereka perlu menjemput beberapa tetamu istimewa seperti ahli keluarga atau rakan untuk menginap bersama selama 2 malam. Pada musim yang pertama yang ditayangkan pada 2020, rancangan itu telah menampilkan pelbagai artis terkenal seperti, Sung Dong-il, Kim Hee-won dan Yeo Jin-goo. Im Si-wan juga pernah tampil untuk menggantikan Yeo Jin-goo pada musim kedua dan Gong Myung menggantikan Im Si-wan pada musim ketiga.
Dek kerana Gong Myung kini sedang melakukan perkhidmatan ketenteraan, Rowoon akan menggantikannya sebagai ahli termuda pada musim keempat ini.
Katanya musim keempat “House On Wheels” akan mula bersiaran pada hujung September ini.
Korang excited tak nak tengok penampilan Rowoon?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.