Ikuti Kami:

“Dia Sangat Matang” – Kim Heesun Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Rowoon & Pelakon ‘Tomorrow’ Lain

“Dia Sangat Matang” – Kim Heesun Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Rowoon & Pelakon ‘Tomorrow’ Lain

Lakonan dan penampilan Kim Hee-sun dalam “Tomorrow” memang hebat, kan?

Melalui temu bual baru-baru ini, Kim Hee-sun telah berkongsi pendapatnya tentang drama “Tomorrow” yang baru sahaja tamat. Untuk pengetahuan, Kim Hee-sun memainkan watak malaikat maut Gu-ryun, yang membimbing dan menyelamatkan orang mati bersama watak Rowoon, Lee Soo-hyuk dan Yoon Ji-on.

Pada awalnya, Kim Hee-sun ditanya sebab dia memilih “Tomorrow” sebagai drama ‘comeback’nya. Jawab pelakon itu,

Korea Selatan mempunyai kadar bunuh diri tertinggi di kalangan negara OECD. Saya membaca dalam artikel bahawa lebih 13 ribu orang telah mengambil nyawa mereka, dan ia menyayat hati. Itulah sebabnya saya memutuskan untuk mengambil projek ini.

mbc tomorrow

Berikutan itu, dia juga memperjelas tentang mesej yang ingin disampaikan melalui siri tersebut. Kim Hee-sun menjawab,

Hidup ini patut dijalani. Saya juga ingin menghantar mesej penuh harapan dan keberanian kepada mereka yang sedang melalui masa sukar. Semasa saya menonton ‘Tomorrow’ selepas penggambaran, saya sendiri juga telah belajar bagaimana untuk melihat sekeliling, bersimpati dengan mereka yang sakit, dan menghiburkan mereka yang dalam kesedihan. Ia adalah drama yang banyak membantu saya berkembang.

Merupakan antara pelakon yang paling tua dalam siri tersebut, Kim Hee-sun turut berkongsi pengalamannya berlakon dengan pelakon ‘junior’ lain seperti Rowoon, Lee Soo-hyun dan Yoon Ji-on. Jelasnya,

Rowoon masih muda tetapi sangat matang. Dia sangat bertimbang rasa, dan saya tidak dapat merasakan jurang umur semasa saya bekerja dengannya. Lee Soo-hyuk mungkin kelihatan dingin dan bergaya, tetapi dia seorang lelaki yang sangat baik, halus dan penyayang. Dia sangat bertimbang rasa dan menjaga orang sekelilingnya. Ji-on sangat komited dengan kerjanya. Dia seorang yang rajin dan berdisiplin diri. Mereka jauh lebih muda daripada saya, tetapi saya perlu belajar daripada mereka.

kim heesun

Korang dah layan belum “Tomorrow” sehingga episod akhir?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...