Ikuti Kami:

Jadi Ahli Pertama BTS Debut Solo, J-Hope Kongsi Teaser Untuk Album ‘Jack In The Box’

Jadi Ahli Pertama BTS Debut Solo, J-Hope Kongsi Teaser Untuk Album ‘Jack In The Box’

Siap sedia ARMY untuk debut solo pertama ahli BTS J-Hope!

Pada 26 Jun, Big Hit Music telah melancarkan teaser pertama untuk album solo J-Hope yang akan datang “Jack In The Box”. Seperti yang disahkan oleh agensi sebelum ini, J-Hope akan menjadi ahli pertama BTS yang akan mengeluarkan album solo rasmi.

Selain itu, J-Hope juga telah berkongsi teaser untuk single pertama dari album solonya iaitu “MORE”. Untuk pengetahuan, “MORE” akan dikeluarkan pada 1 Julai, dua minggu sebelum keluaran album rasmi.

Memberitahu Majalah Weverse bahawa dia akan mempersembahkan sisi baharu dirinya, peminat sudah teruja untuk melihat penampilan J-Hope sebagai artis solo. Menurut idola itu,

Seperti yang anda tahu, saya sering menampilkan diri saya dengan sikap yang cerah. Jadi saya mempunyai keinginan yang kuat untuk memaparkan sisi saya yang berbeza. Saya secara peribadi mencabar diri saya untuk melakukannya dalam projek semasa saya. Saya ingin menunjukkan sisi yang sangat gelap dan mentah.

Nantikan debut solo J-Hope dengan album “Jack In The Box”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...