Ikuti Kami:

Tonton Perlawanan Bola Keranjang Bersama, J-Hope BTS & Cha Eunwoo ASTRO Kawan Rapat?

Tonton Perlawanan Bola Keranjang Bersama, J-Hope BTS & Cha Eunwoo ASTRO Kawan Rapat?

Nampaknya, ramai peminat tidak mengetahui bahawa selain Jung-kook, J-Hope BTS juga merupakan sahabat rapat kepada Cha Eun-woo ASTRO.

Terbaru, J-Hope dan Cha Eun-woo dilihat sedang menonton perlawanan bola keranjang ‘Piala Asia FIBA ​​2022’ antara Korea Selatan dan Filipina, yang telah diadakan di Gimnasium Anyang, Gyeonggi-do, bersama-sama.

Meskipun mereka memakai topeng muka sepanjang masa, peminat tetap dapat meneka bahawa J-Hope dan Cha Eun-woo duduk bersebelahan ketika sedang menyaksikan perlawanan bola keranjang itu.

Tambahan, memandangkan ramai peminat tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya merupakan kawan rapat, foto dan video mereka berdua sedang meluangkan waktu bersama telah menjadi bualan peminat di sosial media.

Antara reaksi peminat:

Adakah J-Hope mencuri kawan Jung-kook? Saya sangat gembira melihat mereka menikmati masa lapang bersama.

 

Sungguh memeranjatkan melihat mereka bersama.

 

Cha Eun-woo nampaknya berkawan baik dengan ramai ahli BTS.

Comel je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...