Ikuti Kami:

Jackson Wang & CL Akan Buat Persembahan Di Sunway Lagoon Malaysia Untuk Acara ‘Good Vibes Weekender’

Jackson Wang & CL Akan Buat Persembahan Di Sunway Lagoon Malaysia Untuk Acara ‘Good Vibes Weekender’

Nampaknya, akan ada ramai artis Korea yang akan membuat persembahan di Malaysia pada tahun ini!

Terbaru, ‘Good Vibes Festival’ telah mengumumkan barisan penuh artis yang akan tampil di acara ‘Good Vibes Weekender’, yang akan berlangsung pada September akan datang.

Apa yang menarik perhatian peminat K-Pop adalah apabila Jackson Wang GOT7 dan CL 2NE1 turut diumumkan sebagai artis yang akan membuat persembahan di festival muzik ‘Good Vibes Weekender’, yang bakal diadakan di Sunway Lagoon pada 23 dan 24 September ini.

Penyanyi lain yang juga akan membuat persembahan di situ ialah DOLLA, Joe Flizzow, Pink Sweats, Yonnyboii dan ramai lagi bintang hebat.

Untuk pengetahuan, tiket untuk ‘Good Vibes Weekender’ akan mula dijual pada 2 Ogos jam 3 petang di SINI!

Jangan terlepas tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...