Ada berita gembira buat semua peminat SUPER JUNIOR di Malaysia!
Baru-baru ini, SUPER JUNIOR telah menyelesaikan konsert mereka ‘SUPER SHOW 9 : ROAD’ di Thailand selama 2 hari. Merupakan konsert pertama mereka di luar Korea selepas Covid-19, ketua kumpulan Lee-teuk meluahkan rasa teruja,
Negara pertama yang kami pergi selepas debut ialah Thailand dan negara pertama yang kami pergi untuk jelajah dunia selepas Corona juga adalah Thailand. Ahli-ahli sangat teruja. Ia adalah persembahan yang saya nantikan.
Terbaru pada 1 Ogos, SUPER JUNIOR telah mengumumkan bahawa kumpulan itu akan meneruskan konsert jelajah dunia mereka ‘SUPER SHOW 9 : ROAD’ di pelbagai wilayah di seluruh dunia, termasuk Manila, Jakarta, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Kuala Lumpur sepanjang separuh kedua tahun ini.
Dah kena mula kumpul duit ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.