Ikuti Kami:

IVE Kongsi Teaser Comeback Pertama ‘Love Dive’

IVE Kongsi Teaser Comeback Pertama ‘Love Dive’

Kumpulan rookie oleh Starship Entertainments, IVE sememangnya berjaya menambat hati peminat sejak album pertama mereka dikeluarkan. Namun, mereka lagi sekali berjaya mencetuskan kegembiraan dan berhasil membuat peminat tertunggu-tunggu dengan single kedua mereka ‘LOVE DIVE’ awal April ini.

Pada Mac yang lalu, Starship Entertainments telah memuat naik satu perkongsian melalui akaun Instagram mereka sendiri mengenai kemunculan terbaru single kedua IVE berserta gambar teaser single terbaru mereka.

Konsep untuk single kedua ‘LOVE DIVE’ kali ini adalah bertemakan glamor dan romantik dengan mengetengahkan aura dan persona unik setiap ahli dalam gambar konsep yang telah dimuat naik pada 2 April lalu menerusi akaun sosial media rasmi mereka. Single kedua kali ini membawa mesej untuk terus berani dalam mencari kekuatan dalam percintaan.

ive love dive

Tak sampai sehari dimuat naik, klip teaser single kedua LOVE DIVE telah berjaya meraih lebih satu juta tontonan kini.

Ianya sekaligus membuktikan single kedua kali ini amat dinanti-nantikan oleh kelab peminat IVE, DIVE.

Siapa ahli kumpulan IVE yang paling menyerlah dalam gambar konsep single kedua mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...