Ikuti Kami:

Hiasi Muka Depan Majalah ‘Cosmopolitan’, Ahli IVE Borak Tentang Personaliti Mereka

Hiasi Muka Depan Majalah ‘Cosmopolitan’, Ahli IVE Borak Tentang Personaliti Mereka

IVE bakal menghiasi muka depan majalah Cosmopolitan!

Kesemua enam ahli IVE telah terlibat untuk penggambaran dan temu bual bersama majalah Cosmopolitan, di mana mereka berborak tentang personaliti mereka, tempoh berlatih, dan banyak lagi perkara menarik. Pada awal sesi temu ramah, ketua kumpulan IVE, An Yu-jin, berkongsi tentang personalitinya,

Saya seorang ekstrovert yang pemalu. Mereka mengatakan bahawa ekstrovert mendapat tenaga apabila mereka berjumpa orang lain. Saya pun rasa begitu, tetapi ia mengambil masa yang lama untuk saya menunjukkan imej yang selesa kepada orang lain.

yujin gaeul rei ive

Ga-eul, yang merupakan ahli tertua dalam IVE, turut berkongsi tentang perasaanya. Katanya,

Sebagai ahli sulung IVE, saya mahu menjadi seperti tiang yang kukuh untuk ahli saya. Saya mahu menjadi ‘unnie’ di mana adik-adik saya boleh bergantung harap kepada saya pada bila-bila masa. Walaupun ada kepayahan, saya harap keenam-enam ahli IVE akan dapat bergantung pada satu sama lain, supaya kita akan terus bergerak ke hadapan.

Jadi satu-satunya ahli IVE dari negara lain, Rei turut mendedahkan,

Saya mengikuti uji bakat di Jepun, dan sebulan kemudian, saya menyertai IVE. Saya masih tidak percaya bahawa saya telah debut. Sebagai satu-satunya ahli asing, saya mahu menjadi seseorang seperti ‘pelangi’ buat IVE. Seorang ahli yang membantu pasukannya bersinar melalui pelbagai warna. Ahli saya memanggil saya Kim Rei, kerana mereka mengatakan saya mahir dalam bahasa Korea, tetapi sejujurnya ini semua berkat bantuan mereka.

wonyoung liz leeseo ive

Bagi yang belum tahu, Yu-jin dan Won-young IVE, pernah debut dalam kumpulan IZ*ONE sebelum ini. Won-young berkata,

Memandangkan ahli saya berdiri di hadapan kamera buat kali pertama, ada kalanya mereka bertanya kepada saya soalan. Sungguh melegakan kerana saya dapat menjawabnya dan saya berasa baik. Pada masa hadapan juga, saya ingin membantu mereka sebanyak yang boleh.

Liz juga turut berborak mengenai personalitinya. Menurutnya,

Saya sering mendengar daripada ahli saya bahawa saya seorang yang mesra dan kelakar, tetapi sejujurnya saya tidak terlalu pasti. Saya sangat pemalu dan jenis yang banyak berfikir. Walau bagaimanapun, saya suka bahawa saya kelihatan santai dan kelakar, kerana ini bermakna saya seorang yang mempunyai pengaruh positif terhadap orang lain.

Lee-seo iaitu ahli termuda IVE, berumur 15 tahun pada 2022, turut memperkenalkan dirinya,

Saya ialah ‘maknae’ (bongsu) IVE. Apabila tenaga semua orang agak lemah atau mereka memerlukan sedikit galakan, saya jenis yang aktif yang akan menaikkan suasana. Apabila saya mempunyai kebimbangan, saya mendapatkan nasihat daripada ahli saya. Saya bukan hanya mengatakan ini kerana ia adalah temu ramah, tetapi kakak saya semuanya sangat baik. Walaupun saya masih muda, mereka melayan saya seperti kawan, dan memandang saya dengan cantik kerana saya adalah ‘maknae’.

ive cosmopolitan korea

Temu bual dan gambar penuh IVE akan dikeluarkan dalam edisi Februari majalah Cosmopolitan!

Siapa ahli kegemaran korang dalam IVE?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...