Ikuti Kami:

IU Tolak, Kim Soohyun Nafi Terima Tawaran Bintangi Drama Baru Penulis ‘Crash Landing On You’

IU Tolak, Kim Soohyun Nafi Terima Tawaran Bintangi Drama Baru Penulis ‘Crash Landing On You’

Nampaknya, khabar angin mengenai tawaran drama baharu buat Kim Soo-hyun adalah tidak benar.

Pada 7 April, dilaporkan bahawa Kim Soo-hyun telah menerima tawaran untuk bekerjasama sekali lagi dengan penulis Park Ji-eun untuk drama baharu, yang juga merupakan penulis bagi dramanya yang lalu “My Love From the Stars” dan “The Producers”.

Namun begitu, pada 8 April, agensi bagi Kim Soo-hyun iaitu Gold Medalist menjelaskan,

Kami baru sahaja menerima pertanyaan jadual. Kami belum menerima sebarang tawaran rasmi, seperti cadangan atau skrip.

Sementara itu, drama yang dimaksudkan ialah karya terbaru penulis Park Ji-eun bertajuk “Queen of Tears” yang dilaporkan mengenai keluarga ‘chaebol’.

iu kim soohyun

Sebelum ini, IU telah menerima tawaran untuk membintangi drama ini sebagai watak utama wanita, namun dia telah menolaknya secara baik.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...