Utama Drama Korea IU Tolak Tawaran Berlakon Drama Baru Penulis ‘Crash Landing On You’

IU Tolak Tawaran Berlakon Drama Baru Penulis ‘Crash Landing On You’

iu

Mesti ramai yang rindu untuk menonton drama lakonan IU kan?

Terbaru dilaporkan bahawa penyanyi dan pelakon wanita itu ada menerima tawaran menerajui drama terbaru penulis Park Ji-eun yang bertanggungjawab menggarap “Crash Landing On You”.

Walau bagaimanapun, agensi IU menyatakan bahawa mereka telah menolak tawaran berkenaan,

Naskhah terbaru penulis Park Ji-eun, ‘Queen Of Tears’ merupakan salah satu tawaran yang diterima. Namun ianya telah ditolak secara baik.

iu

Tidak mempunyai maklumat lanjut, “Queen Of Tears” dikhabarkan bakal membawa kisah keluarga konglomerat selain akan diarahkan oleh pengarah Lee Eung-bok yang popular dengan naskhah seperti “Goblin”, “Descendants Of The Sun” dan “Mr. Sunshine”.

Dalam pada itu, IU baru sahaja selesai penggambaran di Hungary untuk filem “Dream” bersama Park Seo-jun.

Mungkin IU dah ada urusan lain kot..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSPOTV News
Loading...