Ikuti Kami:

IU Terkejut Dapat Tahu Kekasih, Lee Jongsuk Hampir Jadi Teraju Utama Filem ‘Dream’ Bersamanya

IU Terkejut Dapat Tahu Kekasih, Lee Jongsuk Hampir Jadi Teraju Utama Filem ‘Dream’ Bersamanya

Sepertinya IU tidak segan untuk berkongsi cerita mengenai kekasihnya, Lee Jong-suk selepas mendedahkan mengenai hubungan mereka pada awal tahun ini.

Dalam temubual eksklusif bagi mempromosikan filem “Dream”, wanita itu sempat menjawab soalan mengenai kekasihnya,

Saya terkejut kerana ramai yang memberikan perhatian terhadap hubungan ini dan menyokong saya. Saya merasakan bahawa meneruskan hubungan ini secara rahsia adalah balasan terbaik buat sokongan itu.

iu

Kalau korang nak tahu, Lee Jong-suk khabarnya pernah menerima tawaran untuk menyertai “Dream”. Apabila ditanya mengenai hal ini, jawab IU terkejut,

Saya hanya mengetahuinya selepas awak bertanya. Tiada apa yang saya boleh katakan kerana saya tidak ada mendengar apa-apa mengenainya

Dalam pada itu, IU atau Lee Ji-eun memilih untuk membintangi naskhah ini kerana ingin membawa watak yang lebih ceria berbanding naskhah yang sering dibawanya sebelum ini.

Untuk pengetahuan, penyanyi popular ini membawa watak Lee So-min iaitu seorang pengarah produksi yang bertanggungjawab menghasilkan dokumentari mengenai perlawanan bola sepak gelandangan.

Ala comel lah mereka~

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...