Siapa dah tengok episod terbaru “Suchwita”?
Terbaru, YouTube “BANGTAN TV” telah mengeluarkan episod baru “Suchwita” bersama artis jemputan Jo Se-ho.
Dalam video itu, Suga mengaku bahawa dia telah mula bekerja pada usia 17 tahun. Kemudian, dia memulakan kerjayanya sebagai idola K-Pop pada usia 21 tahun dan pada umur 23 tahun orang mula mengenalinya sebagai ahli BTS.
Dalam pada itu, Suga turut mendedahkan bahawa selepas wabak Covid-19, keadaan menjadi sukar kerana semua konsert BTS harus dibatalkan.
Idola itu mengaku,
Itulah kali pertama saya menangis di hadapan ibu bapa saya. Saya mahu pergi membuat persembahan dan orang ramai menunggu saya, tetapi kami tidak dapat pergi ke mana-mana, jadi saya menangis. Saya tidur di bilik ibu bapa saya bersama mereka. Saya meninggalkan rumah ketika saya berumur 18 tahun dan tinggal sendiri sejak itu, tetapi saya tidur di antara ibu bapa saya. Saya menangis kerana berasa sedih.
Janganlah bersedih lagi…
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉