Ikuti Kami:

“Itu Je Cara Untuk..” – Nana Akui Dalam Proses Buang Semua Tatu Di Badan Atas Sebab ‘Ini’

“Itu Je Cara Untuk..” – Nana Akui Dalam Proses Buang Semua Tatu Di Badan Atas Sebab ‘Ini’

Penampilan Nana dengan banyak tatu di keseluruhan badannya pastinya telah mengejutkan orang ramai pada tahun lepas.

Terbaru, Nana telah muncul sebagai tetamu dalam program “Jo Hyun-ah’s Thursday Night” di YouTube, di mana wanita itu ada mendedahkan bahawa dia ingin memadam semua tatu di badannya kini. Jelasnya,

Saya nak padam semua tatu ini. Ibu saya berkata bahawa dia mahu melihat badan saya yang bersih. Ibu saya juga membenarkan saya membuat tatu jadi saya fikir tiada masalah untuk mendapatkannya. Memandangkan dia mengizinkan saya untuk membuat tatu dengan begitu mudah, saya fikir ‘pasti tidak sukar untuk membuangnya’.

Kemudian, Nana juga turut berkongsi sebab dia membuat keputusan untuk mengukir tatu di badan pada awalnya,

Pada masa itu, ia adalah waktu yang mencabar buat mental saya. Saya fikir ia adalah satu-satunya cara untuk meluahkan emosi saya dan untuk meredakan emosi yang saya ada. Itu hanya cara yang saya boleh cari.

Jelasnya lagi mengenai keputusannya untuk membuang semua tatunya,

Apabila masa berlalu, saya menjadi lebih baik dan selesa, dan ketika itulah ibu saya berkongsi pendapatnya.

Semoga Nana baik-baik sahaja..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...