Ikuti Kami:

“Itu Detik ‘Healing’ Saya” – Park Seojoon Kongsi Pandangan Mengenai Gelaran ‘Ikon Belia’

“Itu Detik ‘Healing’ Saya” – Park Seojoon Kongsi Pandangan Mengenai Gelaran ‘Ikon Belia’

Suka betul tengok telatah Park Seo-joon dalam rancangan hiburan “Youth MT” kan?

Baru-baru ini, Park Seo-joon tampil mengadakan satu sesi temu bual ringkas bersama ELLE KOREA untuk edisi November. park seojoonMenerusi temu bual berikut, ini merupakan beberapa soalan yang diajukan kepadanya.

Soalan: Apakah perasaan anda ketika dapat menyertai projek “The Icons” bersama ELLE sempena menyambut ulang tahun ke-30?

Sekarang rasanya sudah lebih hampir satu dekad sejak saya mula debut dalam industri. Sepanjang tempoh itu juga, saya banyak berkolaborasi bersama ELLE. Bukan senang untuk membangunkan nama, jadi untuk tempoh 30 tahun, saya rasa ini satu pencapaian besar buat ELLE. Jadi, saya amat terharu kerana dapat menjadi sebahagian daripada pencapaian ini. park seojoonSoalan: Apakah definisi ikon bagi anda?

Ikon boleh digelar sebagai ‘masterpiece’? Saya tak rasa seseorang itu dilahirkan sebagai ikon. Namun, jika kita terus berusaha keras dalam setiap apa yang dilakukan, orang sekeliling akan mula lihat kita sebagai seorang ikon.

Soalan: Apakah tunjang utama yang menjadi motivasi anda?

Saya rasa ini soalan yang sangat berfalsafah. Suasana baru yang memberikan saya aura segar dan perasaan yang tenang, adalah tunjang utama saya untuk terus berkerja keras. Saya rasa sehingga kini, saya menantikan perasaan seperti itu. Suasana baru, adalah ‘penggerak’ saya. park seojoonSoalan: Apakah detik yang paling simbolik buat anda tahun ini?

Saya tampil dalam satu rancangan hiburan “In The Soop” bersama rakan-rakan rapat saya. Saya tidak berasa seolah ianya satu projek atau kerja. Saya sangat senang dapat meluangkan masa bersama mereka. Saya rasa itu adalah detik ‘healing’ bagi saya.

Soalan: Saya adalah ikon?

Saya sendiri berasa janggal untuk menjawab soalan ini. Tetapi, terdapat banyak artikel yang menyatakan bahawa saya adalah “Icon Of Youth”. Saya sendiri banyak memegang watak yang mewakili anak muda kini. Saya rasa mungkin itu penyebabnya. Namun, sekarang waktu muda saya hampir berakhir, saya cuba untuk jadi “Icon Of Maturity” lah di masa hadapan. park seojoonPark Seo-joon boleh terus jadi Ikon Idaman Wanita jelah…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...