Ikuti Kami:

“Itu Bukan Saya” – Song Seunghyun Tampil Bersihkan Nama Isu ‘Voice Phishing’

“Itu Bukan Saya” – Song Seunghyun Tampil Bersihkan Nama Isu ‘Voice Phishing’

Bekas ahli kumpulan F.T. Island iaitu Song Seung-hyun baru-baru ini dikhabarkan terlibat dengan jenayah ‘voice phishing’ dan turut dikhabarkan telah menyerah diri kepada polis. Betul ke?

Terbaru, Song Seung-hyun telah tampil membersihkan namanya dengan mengeluarkan kenyataan bahawa dia bukanlah individu yang melakukan jenayah tersebut. Dia memuat naik satu tangkapan skrin di akaun Instagram miliknya mengenai artikel jenayah tersebut serta meletakkan kapsyen,

Itu bukan saya, tolong jangan khuatir. 

Dia turut menyatakan bahawa perkara tersebut sama sekali tiada kaitan dengan dirinya, malah dia memberitahu dia kini sedang sibuk dengan penggambaran dan sedang baik-baik sahaja. song seunghyunTerdahulu, kes jenayah ini mula mendapat perhatian apabila dikhabarkan bahawa didapati seorang artis terlibat dalam jenayah ‘voice phishing’. Pasukan penyiasat jenayah ekonomi dan anti rasuah Agensi Polis Selatan Gyeonggi mengumumkan pada 12 Julai lalu bahawa mereka telah menyiasat suspek ‘A’ tanpa penahanan atas tuduhan penipuan.

Suspek ‘A’ didakwa cuba menghantar RM20,369 ke buku kutipan tunai lain selepas terpedaya dengan jenayah ‘voice phishing’ pada 16 bulan lalu.

Haih… nasib bukan Song Seun-hyun kan? Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...