Ikuti Kami:

FT ISLAND Umum Konsert ‘THE CON 2022 : FT ISLAND’ Pada Mei Ini

FT ISLAND Umum Konsert ‘THE CON 2022 : FT ISLAND’ Pada Mei Ini

Kumpulan penyanyi lelaki yang sangat terkenal dari zaman 90-an lagi, FT ISLAND masih belum menyepi dari dunia industri muzik K-pop. Khabarnya, mereka kini kembali mengubat hati peminat dengan konsert pada Mei ini!

Sebelum ini, FT ISLAND terdiri daripada Lee Hong-gi, Choi Jong-hoon, Lee Jae-jin, Choi Min-hwan, dan Song Seung-hyun. Namun, FT ISLAND kini hanya mempunyai 3 orang ahli iaitu, Hong-ki, Jae-jin, and Min-hwan setelah FNC Entertainment mengumumkan persaraan Jong-hun dari industri pada Mac 2019. Mereka kini kembali setelah 3 tahun berkhidmat di bahagian tentera secara rasminya.ft islandFT ISLAND akan mengadakan konsert “THE CON 2022: FT ISLAND” di Gimnasium Jangchung di Jung-gu, Seoul pada 15 Mei ini. Konsert ini akan diadakan kira-kira tiga tahun setelah konsert akhir mereka pada 2019 lalu.

Konsert “THE CON 2022: FT ISLAND” ialah konsert secara langsung di mana para peminat boleh menikmati muzik dan daya tarikan FT ISLAND sepenuhnya. FT ISLAND sangat dikenali dengan persembahan yang bertenaga dan hasilnya dapat dirasai oleh para peminat.

Jadi, buat para peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula FT ISLAND setelah berapa tahun lamanya, dapatlah korang lepaskan kerinduan kali ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...