Ikuti Kami:

“It’s Time” – ATEEZ Sah Bakal Comeback Setelah 7 Bulan

“It’s Time” – ATEEZ Sah Bakal Comeback Setelah 7 Bulan

Yay! Kumpulan ATEEZ kini bakal comeback setelah 7 bulan hiatus!

ATINY pastinya sedang teruja kan? ATEEZ baru-baru sudah melancarkan satu video teaser berserta poster yang mengumumkan comeback mereka melalui akaun Twitter rasmi (@ATEEZofficial).

Dalam poster itu juga, turut mengandungi “ATEEZ THE WORLD EP.1: MOVEMENT / WAKE UP, THE WORLD / 2022. 07. 29” yang memberi cukup perincian mengenai album akan datang.

Poster itu turut mengandungi logo ATEEZ yang berwajah baharu serta frasa “WAKE UP WORLD? / ARE YOU THERE?/” dan “IT’S TIME” yang sekaligus memberi lebih banyak tanda tanya dalam kalangan peminat untuk terus berteka-teki mengenai konsep yang akan dibawa.

Konsep kali ini sebenarnya kelihatan sangat berbeza dan cukup misteri dan dapat dilihat juga melalui akaun media sosial, para peminat sudah mula mencari jawapan untuk konsep dan genre lagu baru ATEEZ.

ATINY pastinya sangat ternanti-nanti kan? Nantikan pelancaran lagu ATEEZ pada 29 Julai ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...