Ikuti Kami:

ATEEZ Lancar ‘Hint’ Misteri Untuk Comeback Pada Julai Ini

ATEEZ Lancar ‘Hint’ Misteri Untuk Comeback Pada Julai Ini

ATEEZ merupakan kumpulan penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri muzik K-pop. Sejak debut pertama mereka pada 24 Oktober 2018, sehingga kini mereka masih memberikan persembahan dan nyanyian yang berkualiti dan bertenaga. Terbaru, mereka dikhabarkan bakal comeback pada Julai tahun ini!

Kumpulan ATEEZ yang bernaung di bawah KQ Entertainment terdiri daripada 8 orang ahli iaitu Hong-joong, Seong-hwa, Yun-ho, Yeo-sang, San, Min-gi, Woo-young, and Jong-ho. Debut pertama mereka diiringi juga dengan lagu seperti “Treasure” dan “Pirate King”. Pada 8 Julai 2019 pula, mereka menandatangani kontrak bersama sebuah syarikat rakaman USA iaitu RCA Records.

ATEEZ kini sedang mengelilingi negara-negara di Eropah dek kerana “World Tour” mereka iaitu “THE FELLOWSHIP: BEGINNING OF THE END” yang bermula di Madrid pada 23 April dan akan membawa mereka ke beberapa bandar di seluruh benua itu sehingga Mei.

Dalam pada itu, seorang peminat telah memuat naik beberapa kepingan gambar yang dikira sebagai poster untuk comeback terbaru mereka Julai ini. Kepingan poster itu dijumpai di sekitar kejiranan di Hongdae, Seoul dan juga di luar perkarangan dewan persembahan “World Tour” mereka di Madrid.

https://twitter.com/csansimper/status/1517833496991051782?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1517833496991051782%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.soompi.com%2Farticle%2F1523375wpp%2Fwatch-ateez-announces-july-comeback-drops-1st-teaser-video-through-qr-codes-mysteriously-posted-in-hongdae-and-madrid

Tidak lama kemudian, peminat mula menyedari bahawa poster tersebut menjurus kepada “Unlisted Video” yang telah dimuat naik melalui akaun rasmi Youtube ATEEZ (ATEEZ). Video teaser tersebut dimuat naik pada 23 April dengan kapsyen “WAKE UP,THE WORLD”. “Hint” yang jelas dipaparkan di dalam video tersebut dimana terdapat frasa “ARE YOU THERE? IT’S TIME” itu turut dipaparkan di kepingan poster yang ditemui peminat.

Berdasarkan video tersebut, turut dipaparkan tarikh Julai 2022 yang sekali lagi meyakinkan para peminat untuk comeback mereka yang akan datang. Jadi, para peminat ATEEZ! Korang teruja tak untuk comeback kali ini? Nantikan lebih banyak informasi daripada mereka okay!

Kongsikan pendapat korang mengenai konsep comeback kali ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...