Ikuti Kami:

‘It’s Okay To Not Be Okay’: Penonton Terkejut Dengan Pendedahan Ibu Sebenar Munyeong

‘It’s Okay To Not Be Okay’: Penonton Terkejut Dengan Pendedahan Ibu Sebenar Munyeong

Pengakhiran episod ke-13 “It’s Okay To Not Be Okay” nyata membuatkan penonton melopong sehingga habis siaran. Rupanya spekulasi bahawa Jururawat Park Haeng-ja adalah ibu kandung Mun-yeong yang pernah diuarkan beberapa ketika dahulu sepertinya bukanlah imaginasi semata-mata.

[Amaran SPOILER]

Daripada tayangan terbaru ini, wanita itu didedahkan sebagai individu yang telah melukis rama-rama mutan, sama seperti satu-satunya kerongsang yang dimiliki oleh ibu Mun-yeong. Malah daripada rakaman CCTV, Jururawat Park turut dirakam tersenyum sinis selepas selesai melukis rama-rama tersebut sebelum menghilangkan diri.

ibu munyeong it's okay to not be okay

Lebih mengejutkan wanita itu sendiri mendedahkan identiti sebenarnya sebelum kematian Ko Dae-hwan. Katanya, sudah 20 tahun dia menunggu saat tersebut bahkan dia seronok melihat lelaki tua itu menderita kerana penyakitnya. Siapa sangka wanita yang sudah disangka mati itu hidup dengan identiti lain selain begitu hampir dengan Ko Dae-hwan dan Mun-yeong secara diamnya.

ibu munyeong it's okay to not be okay

Pendedahan identiti sebenar Jururawat Park sebagai penulis popular Do Hui-jae berjaya membuatkan penonton tidak tidur lema. Siapa sangka wanita yang kononnya kelihatan baik itu rupanya menyembunyikan satu rahsia yang sangat besar.

Takutnya melihat lakonan Jang Young-nam..

 

Sebab saya risau akan mimpi ngeri apabila melihat senyuman Jururawat Park.. saya tak tengoknya sebelum masuk tidur.

 

Saya dah agak bahawa Jururawat Park adalah ibu Mun-yeong.. saya dah merasakan hal tersebut semasa ayah Mun-yeong mengatakan bahawa isterinya adalah syaitan yang bertopengkan malaikat.

 

Jururawat adalah ibu Mun-yeong? Serius tak sangka langsung..

 

Psiko sebenar rupanya Do Hui-jae..

Pun begitu, masih ramai lagi yang merasakan bahawa Jururawat Park bukanlah ibu sebenar Mun-yeong memandangkan pendarahan yang teruk ketika dia jatuh ditolak Ko Dae-hwan selain lelaki itu yang bertindak menyumbat mayatnya ke dalam beg besar sebelum mencampaknya ke dalam tasik.

jururawat park it's okay to not be okay

Selain itu ada juga yang mengatakan mungkin disebabkan oleh masalah ketumbuhan otak yang dialami lelaki itu membuatkan dia tersilap membunuh orang lain dan bukan isterinya. Macam-macam kemungkinan yang mungkin berlaku sebelum episod akhir nanti.

Melihatkan sifat ‘psiko’ wanita itu, nampak gayanya Mun-yeong dan adik-beradik Moon kini berada dalam bahaya. Menurutnya anak perempuannya yang sempurna dahulu kini sudah tidak mendengar kata-katanya dan dia ingin ‘mengajarnya’ seperti apa yang seorang ibu patut lakukan apabila anak mereka membuat kesalahan.

Berdebar nak menantikan episod akhir minggu depan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...