Ikuti Kami:

Tinggal 6 Episod Sahaja Lagi, 7 Persoalan Masih Belum Terjawab Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’

Tinggal 6 Episod Sahaja Lagi, 7 Persoalan Masih Belum Terjawab Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’

Bukan kaleng-kaleng ya kepopularitian “It’s Okay To Not Be Okay”! Padat dengan elemen romantik, komedi dan juga misteri, memang tak peliklah naskhah ini berjaya duduk selesa di tangga ke 10 teratas Netflix selama beberapa minggu ini.

Setiap episod kian mendebarkan namun episod kelmarin membuatkan penonton kian pening dan semakin banyak persoalan yang bermain di minda mereka!

1. Apa masalah mak Mun-yeong sebenarnya?

persoalan it's okay to not be okay

Penonton semua yakin bahawa mak Mun-yeong sudah pun mati kerana kematiannya sudah pun didaftarkan dua tahun lepas. Tetapi, figura itu masih lagi berterusan menyesakkan anak perempuannya menerusi mimpi ngeri pada saban hari. Tak cukup dengan itu, ayahnya iaitu Go Dae-hwan (Lee Eol) juga sering disapa dengan alunan nyanyian lagu ‘Clementine’, malahan ada saksi turut mengiakan kejadian aneh tersebut.

Tak lama dulu, pengarah Hospital Psikiatri OK membongkar rahsia bahawa lagu itu disenandungkan oleh seorang lagi pesakit di situ bernama Park Ok-ran (Kang Ji-eun) sampai membuatkan bapa Mun-yeong mengalami sawan. Kejadian demi kejadian itu membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada mak Mun-yeing masih lagi hidup. Adakah wanita itu ialah Park Ok-ran atau pun orang lain?

2. Kenapa Go Dae-hwan bermatian mahu membunuh Mun-yeong?

persoalan it's okay to not be okay

Setakat ini, kita dapat saksikan bahawa lelaki itu sudah dua kali cuba mencekik Mun-yeong, sekali ketika anaknya itu masih kecil dan sekali lagi semasa mereka bertentang mata buat pertama kalinya di hospital psikiatri yang menempatkan Go Dae-hwan. Adakah dia sebenarnya dalang kepada kematian isterinya?

Semasa adik-beradik Gang-tae (Kim Soo-hyun) dan Sang-tae (Oh Jung-se) mula tinggal di ‘Istana Yang Disumpah’, Mun-yeong ada menceritakan mengenai kisah ‘Bluebeard’. Adakah cerita Go Dae-hwan sama dengan kisah dongeng tersebut? Atau pun dia melalui satu kisah yang lain? Kita semua tahu yang lelaki itu sangat menyayangi isterinya sehinggakan dia sanggup membina sebuah rumah besar supaya wanita itu dapat menulis dengan tenang. Tapi yang pasti, masih ada lagi sisi lain lelaki itu yang belum dibongkarkan!

3. Apakah nasib Mun-yeong dan Gang-tae?

persoalan it's okay to not be okay

Mun-yeong langsung tidak segan menayang rasa cintanya kepada Gang-tae daripada hari pertama mereka berkenalan lagi dan sepertinya lelaki itu sudah membuka hatinya untuk wanita tersebut. Jelas daripada beberapa episod kebelakangan ini bahawa mereka menyayangi antara satu sama lain dan faham mereka melengkapi kekurangan masing-masing. Walaupun tidak pasti sama ada mereka mampu mengekalkan hubungan yang suci ini, namun kesemua penonton secara terangan mahukan mereka bahagia bersama!

4. Kenapa Mun-yeong suka ‘mengambil’ barangan orang lain?

persoalan it's okay to not be okay

Hairan betul melihat perangai Mun-yeong yang satu ini. Banyak benda yang telah dia ambilnya secara sembunyi seperti pisau, patung dan juga pen. Sebagai seorang penulis terkenal yang kaya, sesungguhnya wanita itu mampu untuk membeli barangan tersebut menggunakan duitnya sendiri. Adakah tabiat ini berpunca daripada trauma lalu? Mampukah Mun-yeong mengubah perangai buruk ini suatu hari nanti? Tapi nampaknya barangan Gang-tae dan Sang-tae masih lagi selamat daripada dicuri oleh wanita tersebut, mungkinkah sikap peliknya ini mempunyai kod moral tersendiri.

5. Siapa pembunuh sebenar ibu Gang-tae dan Sang-tae?

persoalan it's okay to not be okay

Sang-tae kini nampaknya sibuk dengan tugasan melukis mural di salah satu dinding utama di Hospital Psikiatri OK. Pun begitu, dia bermatian tidak mahu menambah ‘rama-rama; untuk mencantikkan lagi lukisan tersebut. Lelaki itu juga masih lagi menutup rapat mengenai rahsia pembunuhan ibunya meskipun dia satu-satunya saksi kejadian tersebut, tapi adakah ia akan terdedah tak lama lagi? Persoalan lain yang bermain di benak pemikiran penonton ialah apakah kaitan kematian ibu mereka dengan rama-rama dan siapakah pembunuh sebenar. Adakah ibu bapa Mun-yeong terlibat dengan kematian itu atau ada dalang lain?

6. Adakah cinta akan berputik di antara Ju-ri dan Sang-in?

persoalan it's okay to not be okay

Sang-in (Kim Ju-hun) jatuh cinta pandang pertama dengan Ju-ri (Park Gyu-young) tanpa mengetahui bahawa mereka mempunyai kaitan sebenarnya. Selepas menjaga wanita itu yang mabuk, Sang-in akhirnya pindah masuk ke rumah keluarganya dan berkongsi bilik dengan Jae-su (Kang Ki-doong). Walaupun Ju-ri nampaknya masih lagi tak boleh lupakan Gang-tae tetapi adakah perasaannya akan goyah dek Sang-in? Macam mana pula hubungan di antara Jae-su dan Seung-jae (Park Jin-joo)?

7. Adakah Jururawat Park bukan seperti yang kita sangkakan?

persoalan it's okay to not be okay

Ada tak yang rasa pelik apabila melihat tindak-tanduk Jururawat Park (Jang Young-nam)? Memang dia seorang jururawat yang berdedikasi tapi kadang-kadang naik juga bulu roma apabila melihatnya. Ada teori mengatakan bahawa mak Mun-yeong berkemungkinan besar ialah Park Ok-ran atau pun jururawat Park. Hmmm.. walaupun macam menghairankan sahaja kalau penulis novel boleh merubah profesion menjadi jururawat tetapi tiada apa yang mustahil kini. Lagi satu yang pelik ialah jururawat Park sepertinya tidak mahu Mun-yeong mahupun Gang-tae terus kekal di hospital tersebut.

Tinggal 6 episod sahaja lagi untuk menjawab persoalan ini, pastikan anda menonton “It’s Okay To Not Be Okay” di Netflix pada setiap Sabtu dan Ahad!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...