Ikuti Kami:

Isu Gagal Lunaskan Bayaran Song Jihyo, CEO Uzurocks Letak Jawatan

Isu Gagal Lunaskan Bayaran Song Jihyo, CEO Uzurocks Letak Jawatan

Sepertinya masih tiada lagi keadilan yang dicapai dalam kemelut di antara Song Ji-hyo dan agensinya, Uzurocks.

Bagi yang tidak mengetahui, pelakon wanita itu mengambil keputusan untuk menfailkan saman apabila dianiaya hal pembayaran pendapatan oleh agensi itu selain turut menghantar notis pembatalan kontrak baru-baru ini.

Meskipun menafikan pada awalnya, namun agensi itu akhirnya mengakui kesalahan mereka atas kecuaian dek perkembangan bisnes yang tidak dijangka lantas menjejaskan pembayaran kontrak pengiklanan para artis selain gagal membayar gaji pekerja.

Song Ji-hyo bagaimanapun tetap akan mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan bayaran tertunggak diselesaikan memandangkan Uzurocks hanya menyebut mengenai persetujuan untuk membatalkan kontrak sahaja dalam kenyataan mereka.

song jihyo

Terbaru, wakil agensi itu mengesahkan satu khabar angin yang tiba-tiba tersebar pada hari ini mengenai CEO mereka.

CEO Uzurocks, Park Joo-nam telah meletakkan jawapan bagi bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku baru-baru ini.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai isu ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...