Ikuti Kami:

Isu Dera Kuda, ‘The King Of Tears, Yi Bangwon’ Akan Kembali Tayang Selepas 6 Minggu Berehat

Isu Dera Kuda, ‘The King Of Tears, Yi Bangwon’ Akan Kembali Tayang Selepas 6 Minggu Berehat

Akhirnya pihak “The King of Tears, Yi Bangwon” mencapai keputusan muktamad mengenai insiden kematian kuda yang digunakan dalam penggambarannya.

Selepas dikecam ramai selepas klip video seekor kuda yang sengaja dijatuhkan hingga kepalanya terhempas ke tanah bagi menjayakan salah satu babak drama berkenaan, KBS memuat naik kenyataan rasmi sebagai tindak balas bagi kritikan itu.

Stesen penyiaran itu berjanji akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya mengenai insiden tragik ini. Memohon maaf sekali lagi, KBS mendedahkan bahawa mereka telah melaksanakan peraturan baru bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi selain memastikan keselamatan setiap haiwan yang digunakan dalam produksi.

kontroversi taejong yi bangwon

Tambah lagi,

Garis penduan baru ini akan mengandungi arahan asas mengenai hak perlindungan haiwan terutamanya peraturan yang perlu diikuti sebelum, semasa dan selepas penggambaran. Setiap spesis haiwan yang biasanya dilihat di set penggambaran, ada klausa spesifik yang direka khas bagi berjaga-jaga. KBS berjanji bahawa semua pihak produksi akan mengikuti garis panduan ini bermula kini, dan stesen penyiaran akan bekerja secara dekat dengan kumpulan perlindungan haiwan dan kerajaan Korea bagi memperbaiki kondisi buat haiwan di set penggambaran.

Malah “The King Of Tears, Yi Bangwon” sudah pun melalui pelbagai perubahan dan pembaikan pada cara penggambaran selepas kejadian ini.

taejong yi bangwon

Dalam pada itu, episod ke-13 drama bersejarah ini akan menemui penonton pada 26 Februari ini. Ianya merupakan tayangan pertama selepas 6 minggu penangguhan sejak kes itu menjadi sebutan ramai.

Semoga nasib haiwan terbela selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...