Betul la orang cakap, pandai buat pandai tanggung kan?
Pada 10 Ogos, Ravi bekas ahli VIXX telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah Seoul kerana melanggar undang-undang yang mengawal perkhidmatan tentera di Korea Selatan.
Untuk pengetahuan, Mahkamah Daerah Selatan Seoul telah menjatuhkan hukuman percubaan penjara 2 tahun dan perkhidmatan masyarakat selama 120 jam kepada penyanyi lelaki itu.
Bagi yang belum tahu, Ravi telah didapati bersalah kerana memalsukan diagnosis epilepsinya, untuk mengelak daripada berkhidmat dalam ketenteraan.
Dia kemudian memohon maaf dengan berkata,
Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua orang yang terluka dengan tindakan saya dan kepada peminat yang telah menyokong saya sebagai penyanyi.
Semoga ada penyelesaian yang sewajarnya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.