Ikuti Kami:

Isu Cuba Lari Dari Khidmat Ketenteraan, ‘2 Days 1 Night’ Padam Video Ravi

Isu Cuba Lari Dari Khidmat Ketenteraan, ‘2 Days 1 Night’ Padam Video Ravi

Sudah jatuh ditimpa tangga, adakah ini pengakhiran buat karier Ravi sebagai artis?

Baru-baru ini, bekas ahli VIXX itu telah dihadapkan ke muka pengadilan selepas ditangkap mendapatkan khidmat broker bagi memalsukan diagnos kesihatan supaya dapat mengelak daripada menjalani khidmat ketenteraan.

Mengakui kesalahannya, Ravi memilih untuk mengundurkan diri daripada kumpulan VIXX selain memohon maaf buat semua yang terkesan dek isu ini.

Kini, pihak program “2 Days 1 Night” juga dilihat mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghentikan tayangan semula program itu yang masih mempunyai wajah Ravi di dalamnya.

ravi

Apabila disemak, hampir kesemua episod melibatkan lelaki itu sudah pun dihentikan tayangan di laman web rasmi dan OTT namun masih ada saki-baki yang belum ‘hilang’. Walau bagaimanapun, dek peraturan KBS yang kian tegas kini, berkemungkinan besar ianya akan dipadam tak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Ravi menyertai “2 Days 1 Night Musim Ke-4” bermula Disember 2019 namun memilih untuk meninggalkan program itu pada Mei tahun lalu bagi menjalani khidmat ketenteraan. Pun begitu, 8 bulan kemudian, dia terpalit dengan kontroversi yang menjejaskan imejnya itu.

Hmmm…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...