Ikuti Kami:

Isu Buli Belum Selesai, Penglibatan Kim Garam Bagi Promosi LE SSERAFIM Di Jepun Buat Netizen Marah

Isu Buli Belum Selesai, Penglibatan Kim Garam Bagi Promosi LE SSERAFIM Di Jepun Buat Netizen Marah

Setelah hampir sebulan berehat dari aktiviti promosi LE SSERAFIM, Kim Ga-ram nampaknya akan kembali aktif sebagai ahli kumpulan itu.

Bagi yang belum tahu, Kim Ga-ram dari kumpulan LE SSERAFIM telah terlibat dengan isu buli beberapa bulan lepas. Selepas banyak dakwaan yang dibuat terhadapnya, agensi telah mengumumkan bahawa idola itu akan berehat seketika dari aktiviti promosi kumpulan.

Namun baru-baru ini, Kim Ga-ram dilihat tidak dikecualikan dalam penggambaran LE SSERAFIM untuk majalah dan promosi di Jepun, yang membuatkan ramai netizen Korea marah, memandangkan masih belum ada penyelesaian yang telus berkaitan isu buli ini.

kim garam

Antara reaksi netizen:

Mengapa HYBE benar-benar melindunginya, saya tak faham.

 

Terdapat begitu banyak bukti bahawa dia seorang pembuli sekolah yang telah dibebaskan.

 

HYBE benar-benar membuat keputusan yang buruk. Adakah mereka fikir netizen Korea akan melupakan perkara ini dan menyokong kumpulan itu?

Ramai yang berpendapat bahawa agensi itu tidak sepatutnya memasukkan Kim Ga-ram dalam gambar majalah itu, walaupun penggambaran dilakukan sebelum tempoh rehatnya.

Netizen nampaknya kurang ‘senang’ dengan berita bahawa Kim Ga-ram akan membuat kemunculan semula di Jepun, kerana akan ada kebarangkalian HYBE dan Source Music sedang mempersiapkan artis itu untuk muncul kembali di Korea juga.

Hmm..apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...