Utama Gossip Isu Guna Barang Berjenama Palsu, ‘Point Of Omniscient Interference’ Sunting Rakaman FreeZia

Isu Guna Barang Berjenama Palsu, ‘Point Of Omniscient Interference’ Sunting Rakaman FreeZia

song jia

Umum mengetahui bahawa Freezia dilanda kontroversi besar baru-baru ini di mana dia mengakui memakai pelbagai barangan berjenama palsu namun mendakwa seperti ia adalah barangan tulen.

Meskipun sudah memohon maaf, namun semakin banyak bukti yang dijumpai menunjukkan bahawa wanita itu acap kali mempromosikan barangan berjenama ‘palsu’ sama ada di Instagram mahupun laman YouTube miliknya.

freezia

Nampaknya perkara ini bukanlah sesuatu yang remeh memandangkan rakaman FreeZia untuk program “Point Of Omniscient Interference” tidak akan lagi ditayangkan kini. Hal ini dikongsikan oleh pihak produksi program tersebut,

Hello, ini ialah pihak produksi ‘Point Of Omniscient Interference’.

Selepas perbincangan bersama dengan tetamu, kami membuat keputusan untuk tidak menayangkan rakaman Song Ji-a.

Siaran pada 29 Januari akan berlangsung secara normal dengan ahli lain.

Kami akan mencuba yang terbaik untuk menunjukkan sisi ‘Point Of Omniscient Interference’ yang lebih baik buat penonton yang menyokong dan menyayangi program ini.

Dalam pada itu, program “Knowing Brother” masih akan terus menayangkan episod bersama FreeZia berdasarkan kenyataan mereka kelmarin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROSEN
Loading...