Ikuti Kami:

Isteri Park Jooho, Anna Dedah Sedang Bertarung Dengan Kanser

Isteri Park Jooho, Anna Dedah Sedang Bertarung Dengan Kanser

Siapa sangka kehilangan Anna, isteri pemain bola Park Joo-ho dari pandangan umum adalah kerana sesuatu yang tidak disangka.

Menerusi Instagram, wanita itu mengakui bahawa dia sedang bertarung dengan kanser kini. Menyelitkan gambar di wad kanser di Hospital Asan, Seoul, katanya,

Semuanya menjadi boleh kerana ada orang yang menjaga saya di hospital.

Jelasnya,

Saya tak pandai meluahkan perasaan tapi tidak melampau untuk mengatakan bahawa awak yang membantu saya menghadapi semua ini dengan yakin. Saya tak pernah hilang arah. Saya tertarik dengan pengalaman dan hati baik awak. Awak sebahagian dari kebahagian saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anna Park (@mrsannapark)

Anna turut menjelaskan bahawa dia kurang berkomunikasi di Instagram dan YouTube sejak kebelakangan ini adalah kerana menjalani rawatan kanser.

Selepas pendedahan wanita itu, rata-rata peminat meninggalkan komen sokongan buatnya selain berharap agar dia cepat sembuh.

Dalam laporan lain, sel kanser wanita itu dikhabarkan dapat dikesan dengan awal lantas doktor mampu membuangnya dengan cepat.

Untuk pengetahuan, Anna ialah ibu kepada Na-eun, Gun-hoo dan Jin-woo yang popular menerusi rancangan “Superman Returns” di KBS.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...