“Wajah Separuh Naeun & Separuh Gunhoo” – Penonton Syok Lihat Anak Bongsu Park Jooho Di ‘Superman Returns’
- oleh irsa
- 6 tahuns lalu
Setelah sekian lama menanti, akhirnya Na-eun dan Gun-hoo sudah pun kembali semula ke rancangan “Superman Returns” selepas sekian lama berehat dek kelahiran adik baru mereka.
Yang paling bestnya apabila penonton dapat melihat adik lelaki mereka iaitu Jin-woo selepas hanya melihat sekilas sahaja di Instagram ibunya sebelum ini. Bahkan Na-eun dan Gun-hoo pun sepertinya tak boleh lepas langsung daripada melekat dengan adik yang comel itu.

Lagi membuatkan penonton gembiran ialah kerana wajah Jin-woo yang saling tak tumpah dengan Gun-hoo membuatkan seperti ada dua ‘Gun-hoo’ dalam keluarga tersebut. Biasanya sering dimanjakan oleh Na-eun, Gun-hoo kini menjalankan tanggungjawabnya sebagai abang dengan baik terhadap Jin-woo pula.

Jin-woo ada iras Na-eun dan juga ada iras Gun-hoo, konklusinya sangat comel.
Teringat semasa Gun-hoo mula-mula muncul dahulu, langsung tak menangis. Nampaknya ‘naif’ adalah sesuatu yang diwarisi.
Sama betul dengan Gun-hoo sewaktu kecil.. comel sangat!
Na-eun + Gun-hoo = Jin-woo
Comelnya Jin-woo.. Wajahnya ialah separuh Na-eun dan separuh Gun-hoo.
Comelnya Jin-woo! Beruntung betul Park Joo-ho dan Anna kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




