Utama Celebrity News Isteri CEO Jenama Kecantikan, Foto Majlis Perkahwinan Yoon Kyesang Tular

Isteri CEO Jenama Kecantikan, Foto Majlis Perkahwinan Yoon Kyesang Tular

yoon kyesang kahwin

Selepas mendaftarkan perkahwinan pada Ogos tahun lalu, Yoon Kye-sang akhirnya mengadakan majlis untuk menyambut penyatuan hati itu kelmarin.

Menerusi entri isteri Kim Tae-woo, beberapa foto di majlis perkahwinan tersebut telah menjadi tatapan umum.

Dapat dilihat kesemua ahli g.o.d iaitu Park Jun-hyeong, Son Ho-young, Kim Tae-woo dan Danny Ahn turut memeriahkan majlis tersebut. Antara tetamu lain yang menarik perhatian ramai ialah Ma Dong-seok yang merupakan rakan pelakon Yoon Kye-sang bagi filem “The Outlaws”.

yoon kyesang kahwin

Untuk pengetahuan, isteri Yoon Kye-sang ialah Cha Hye-young iaitu CEO untuk satu jenama kecantikan. Malah tetamu di majlis tersebut menerima hadiah minyak wangi daripada jenama yang diuruskannya itu.

Tahniah buat pasangan itu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNews1
Loading...