Ikuti Kami:

“Tiada Apa Saya Rindukan Dengan Kehidupan Solo” – Yoon Kyesang Kongsi Perasaan Sebagai Suami

“Tiada Apa Saya Rindukan Dengan Kehidupan Solo” – Yoon Kyesang Kongsi Perasaan Sebagai Suami

Yoon Kye-sang buat pertama kali muncul di kaca televisyen selepas selamat bergelar suami beberapa bulan lalu.

Menerusi rancangan “You Quiz On The Block”, lelaki itu berkongsi lebih mengenai hal perkahwinannya dengan isteri tersayang.

Awal temubual, Yoo Jae-suk terus mengucapkan tahniah buat Yoon Kye-sang. Jawab lelaki itu gembira,

Saya dah jadi suami Ogos lalu.

yoon kyesang

Walaupun sudah mendaftarkan perkahwinan pada Ogos lepas, pelakon itu menjelaskan bahawa mereka masih belum mengadakan majlis rasmi lagi atau pun mempunyai pelan untuk melakukannya.

Disebabkan COVID-19, kami masih lagi berbincang bagaimana mahu mengadakan majlis itu. Tapi kami dah daftarkan perkahwinan itu.

Kedua Yoo Jae-suk dan Yoon Kye-sang tidak dapat menyorokkan keseronokan mereka dek permulaan fasa baru lelalki itu memandangkan mereka rapat sejak dahulu lagi. Malah isteri Yoon Kye-sang turut teruja apabila mendapat tahu suaminya bakal menyertai “You Quiz On The Block” sebagai tetamu.

yoon kyesang

Apabila ditanya mengenai kehidupan selepas berkahwin, anggota g.o.d itu menjawab,

Saya berasa sangat gembira, dan ia memberikan satu perasaan yang selamat. Saya betul-betul gembira. Tiada apa yang saya rindukan mengenai kehidupan solo.

Diusik Yoo Jae-suk mengenai jawapannya itu, Yoon Kye-sang bertegas sambil ketawa bahawa dia benar-benar tidak merindui kehidupan tanpa pasangan yang sah.

Alahaii berseri-seri betul wajah Yoon Kye-sang, terserlah kebahagiaan dialaminya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...