Ikuti Kami:

“Inilah Masanya” – Jisoo BP & Ahn Bohyun Berpisah, Peminat Minta Jung Haein Cepat Masuk ‘Line’

“Inilah Masanya” – Jisoo BP & Ahn Bohyun Berpisah, Peminat Minta Jung Haein Cepat Masuk ‘Line’

Berita mengenai Ahn Bo-hyun dan Ji-soo BP berpisah telah menerima pelbagai reaksi dari orang ramai.

Baru-baru ini, dunia hiburan telah dikejutkan dengan pengumuman bahawa Ahn Bo-hyun dan Ji-soo telah memutuskan hubungan mereka, didakwa kerana jadual yang sibuk.

Bagaimanapun, ada juga yang membuat spekulasi bahawa sebab lain mereka berpisah adalah kerana tidak tahan dengan tekanan dari pendapat umum.

Oleh itu, beberapa peminat telah meminta agar Jung Hae-in iaitu rakan pelakon Ji-soo, kembali mendekati wanita itu kerana keserasian hebat mereka yang tidak dinafikan sebelum ini dalam “Snowdrop”.

jisoo jung haein

Tambahan, peminat juga memang berharap agar Ji-soo dan Jung Hae-in akan menjalinkan hubungan istimewa kerana dikatakan lebih serasi berbanding dengan Ahn Bo-hyun.

Komen peminat,

Jangan risau Ji-soo, Hae-in masih ada.

 

Hae-in, inilah masanya, sila cepat bertindak. Ji-soo dah kembali single ni.

 

Tapi Hae-in kan kawan Ahn Bo-hyun hahaha. Mesti susah untuk pilih antara persahabatan dan percintaan.

.

Shipper ‘Haesoo’ boleh gembira kembali!

Kalau ada jodoh, ada la kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...