Ikuti Kami:

Hanya 2 Bulan Bertahan, Netizen Tebak Ini Sebab Jisoo BP & Ahn Bohyun Putus

Hanya 2 Bulan Bertahan, Netizen Tebak Ini Sebab Jisoo BP & Ahn Bohyun Putus

Hanya 2 bulan bertahan, berita mengenai Ji-soo BLACKPINK dan Ahn Bo-hyun berpisah pastinya mengejutkan ramai orang.

Pada 3 Ogos lalu, agensi mengumumkan memang benar bahawa kedua mereka sedang mengenali antara satu sama lain dengan perasaan baik. Namun pada 24 Oktober, Ji-soo dan Ahn Bo-hyun telah memutuskan untuk kembali menjadi rakan sekerja.

Meskipun didakwa sebab mereka putus adalah kerana jadual yang sibuk tetapi ada yang menebak salah satu sebab lain adalah kerana tekanan dari pendapat umum.

Seperti yang dilihat sebelum ini, sebaik sahaja pengumuman mereka bercinta dibuat, netizen rata-rata mengkritik Ahn Bo-hyun dengan menyatakan bahawa seorang pelakon ‘biasa’ tidak layak untuk mempunyai teman wanita yang popular. Bahkan, ada yang mengimbas latar belakang keluarganya dan cuba mengungkit kembali kontroversi lelaki itu.

jisoo ahn bohyun

Apa yang lebih teruk, beberapa peminat turut meninggalkan komen jahat di Instagram Ji-soo dan Ahn Bo-hyun, meminta agar kedua mereka berpisah.

Oleh itu, ramai yang percaya bahawa tekanan dari orang ramai seperti ini menyebabkan mereka rasa semakin ‘asing’ dan tidak mampu untuk meneruskan dengan lebih lama hubungan mereka.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...