Susah apabila ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
Terbaru, media TV Chosun dikatakan telah memadam kesemua artikel dan video yang mengandungi inti pati surat terakhir Lee Sun-kyun sebelum dia ditemui tidak bernyawa dalam kereta di sebuah taman di sekitar Seoul. Walau bagaimanapun, punca utama pihak mereka menghapuskan kesemua kandungan itu tidak didedahkan.
Dalam surat itu, mendiang kononnya meninggalkan memo terakhir buat isteri, Jeon Hye-jin dan wakil syarikatnya, HODU&U Entertainment dengan ayat seperti, “Tiada jalan lain” dan sebagainya. Khabarnya, kandungan surat ini sebenarnya tidak dibenarkan untuk didedahkan kepada umum dan ianya diminta oleh keluarga mendiang sendiri.
Sebelum ini, agensi berkenaan telah pun mengeluarkan kenyataan bagi membanteras penyebaran berita palsu. Sepertinya ia ditujukan buat media berkenaan yang menyebarkan isi surat tersebut,
Baru-baru ini, kami mendapati terdapat khabar angin dan informasi palsu mengenai pelakon kami tersebar. Kami memutuskan untuk mengumpul data berkaitan dan mengambil tindakan undang-undang pada masa yang sama.
Mereka menyambung bahawa satu aduan sudah pun dibuat pada wartawan yang menulis artikel dengan maklumat palsu pada petang 27 Disember lalu.
Lapor Dispatch pula,
Satu saluran kabel melaporkan kandungan berkaitan surat terakhir itu, Katanya, terdapat isu dengan isi yang dilaporkan dalam artikel itu. Terdapat interpretasi bahawa kenyataan HODU&U itu ditujukan kepada surat peninggalan mendiang Lee Sun-kyun.
Dalam pada itu, menurut ‘Peraturan Laporan Bunuh Diri 3.0’ yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, Pusat Pencegahan Bunuh Diri Tengah dan Persatuan Wartawan Korea, media sepatutnya mengelak mendedahkan isi kandungan surat selamat tinggal. Peraturan itu menekankan kepentingan melindungi peribadi si mati dan keluarga dan mengelak daripada mengagungkan tindakan mengambil nyawa sendiri dengan menolak melaporkan mengenai kandungan isi kandungan surat terakhir mereka.
Harap jadi pedoman..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.