Sakura telah menulis luahannya buat peminat di Weverse.
Sakura LE SSERAFIM telah meluahkan perasaannya terhadap kontroversi serta kritikan yang diterima selepas mereka melakukan persembahan di Coachella.
Dalam kenyataan yang ditulis dalam bahasa Jepun itu, Sakura berkata,
Saya belajar banyak benda ketika buat persediaan untuk Coachella dan antaranya ialah jangkaan mungkin berbeza bagi setiap orang tetapi ianya hari yang tidak akan kami lupakan. Kami dah berjaya lakukan persembahan yang terbaik.
Sambung penyanyi itu,
Kami yang debut kurang daripada 2 tahun dah berjaya berdiri dengan bangga di pentas Coachella. Meskipun ini kedengaran kurang matang, tapi tiada siapa yang sempurna.
Sejujurnya, dalam banyak-banyak persembahan yang kami dah lakukan, persembahan kami di Coachella adalah yang terbaik dan ianya merupakan fakta yang tak akan dapat dinafikan.
Kita tak akan dapat apa-apa manfaat jika kita bandingkan diri dengan orang lain. Jadi kita teruskan hidup kita dengan lakukan perkara yang kita suka dan fokus dengannya. Ianya kehidupan awak jadi awak ada hak untuk lakukan apa saja.
Hmm… Apa pendapat korang dengan kenyataan Sakura?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.