Bekas peserta latihan penyanyi, Han Seo-hee, yang berasal dari YG Entertainment, menarik perhatian dengan perkembangan terbarunya.
Bagi yang tidak mengetahui, wanita itu mula dikenali ramai sejak 2018 kerana terlibat dengan skandal menghisap ganja dengan T.O.P bersama BIG BANG.
Dia juga turut mengumumkan hubungan sejenis bersama bekas personaliti televisyen Jung Da-eun (Lee Tae-kyun) di mana mereka turut menggunakan ganja dan philopon dengan ‘A’ iaitu pengurus rumah urut yang merupakan individu utama terlibat dalam skandal Lee Sun-kyun.
Baru-baru ini, Han Seo-hee telah menutup akaun Instagram miliknya yang asal dan telah membuka akaun baru. Tulisnya di profil itu,
Aku akan menukar akaun ini kepada akaun awam tidak lama lagi. Tunggulah. Aku juga perlu sedikit masa untuk bersedia. Berhenti mengikuti aku.
Malah terdapat satu akaun yang telah memuat naik rantaian mesej KakaoTalk dengan seorang pelakon lelaki popular, khabarnya Ahn Hyo-seop. Dalam pendedahan itu, pelakon tersebut dikatakan menghabiskan masa bersama di hotel mewah di Gangnam. Tulisnya lagi,
Perbualan itu disunting, si gila.
Nantikan maklumat lanjut mengenai isu ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.