Mesej perbualan antara Ahn Hyo-seop dan Han Seo-hee telah tular di dalam komuniti atas talian di Korea.
Mesej perbualan yang tular itu telah mengejutkan ramai apatah lagi kerana status Ahn Hyo-seop sebagai antara pelakon lelaki terkenal dan banyak membintangi pelbagai drama popular. Manakala, Han Seo-hee pula telah terlibat dalam pelbagai skandal serta kontroversi dadah.
Di mana dalam perbualan tersebut, Han Seo-hee telah mengajak Ahn Hyo-seop untuk menghabiskan malam bersama di sebuah hotel mewah yang terletak di Gangnam, Korea.
Dalam masa yang sama, timbul kekecohan di kalangan peminat terutamanya selepas mereka mendapati bahawa Han Seo-hee telah membuat hantaran gambar bilik hotel tersebut di media sosialnya pada tarikh yang sama seperti mesej yang dihantar itu.
Malah, hantaran asal mengenai perbualan ini juga telah dipadam daripada komuniti atas talian tersebut.
Antara komen netizen mengenai perbualan ini ialah,
Jangan cakap yang mereka ni merupakan pasangan s*ks?
Berapa banyak selebriti yang wanita ini nak jatuhkan?
Wow, imej Ahn Hyo-seop akan jadi kotor selepas ni.
Ianya lagi mencurigakan selepas hantaran itu dipadam, syarikat Ahn Hyo-seop mesti sedang serabut.
Kalau betul la khabar angin, mereka tak perlu pun padam hantaran itu.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.