Ikuti Kami:

Ini Identiti Pelakon Lelaki 40-an Ditangkap Bawah Pengaruh Dadah Semasa Sambutan Chuseok

Ini Identiti Pelakon Lelaki 40-an Ditangkap Bawah Pengaruh Dadah Semasa Sambutan Chuseok

Sejak kelmarin, Korea digemparkan dengan kisah seorang pelakon lelaki berusia 40-an yang ditangkap ketika di bawah pengaruh dadah.

Kisah bermula apabila pihak polis menerima laporan mengatakan seorang lelaki yang sepertinya sedang khayal sedang berlari merata. Lelaki itu dikatakan tidak mampu bercakap dan bergerak dengan betul selain terdapat bekas muntah di keliling mulutnya semasa diberkas. Polis turut menjumpai sedozen pil di rumah ‘A’ selain ujian ringkas dadah dijalankan menunjukkan jawapan positif.

Selepas beberapa nama selebriti seperti Lee Moo-saeng dan Park Hae-jin dipetik sebagai pelakunya, sebuah saluran media melaporkan identiti sebenar pelakon berkenaan.

lee sangbo

Khabarnya dia ialah Lee Sang-bo yang meningkat popular pada tahun lalu selepas menjadi hero kedua dalam drama harian KBS “Miss Monte-Cristo”. Memulakan karier pada 2006, lelaki ini pernah membintangi drama lain seperti “Rugal”, “Private Lives” dan filem “Secretly Greatly”.

Dalam pada itu, siasatan besar-besaran sedang dijalankan selepas Lee Sang-bo menerima rawatan dek kejadian itu.

Nantikan maklumat lanjut mengenai kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...