Ikuti Kami:

Pelakon Lelaki 40-an Diberkas Berlari Ketika Dalam Pengaruh Dadah, Nama Park Haejin & Lee Moosaeng Dipetik

Pelakon Lelaki 40-an Diberkas Berlari Ketika Dalam Pengaruh Dadah, Nama Park Haejin & Lee Moosaeng Dipetik

Tidak semena-mena nama pelakon lelaki Korea menjadi sebutan ramai apabila sebuah kes melibatkan dadah tular pada pagi ini.

Kelmarin, sebuah outlet media melaporkan,

Balai Polis Gangnam di Seoul menangkap seorang pelakon lelaki dalam usia 40-an atas kesalahan mengambil dadah sekitar jam 2 petang tadi.

Khabarnya, ‘A’ disahkan positif dalam sebuah ujian ringkas dadah.

Laporan 112 pada asalnya diterima oleh polis,

Seorang lelaki yang sepertinya sedang khayal sedang berlari merata.

Lelaki itu dikatakan tidak mampu bercakap dan bergerak dengan betul selain terdapat bekas muntah di keliling mulutnya. Polis turut menjumpai sedozen pil di rumah ‘A’ dan sedang mengesahkan bahan di dalamnya.

Siasatan berskala besar akan telah dilakukan selepas proses rawatan ‘A’.

Dalam pada itu, berita ini nyata mengejutkan ramai dan nama beberapa orang pelakon telah disebut sebagai pelakunya. Antara yang disebut ialah Lee Moo-saeng. Respon agensinya,

Pelakon Lee Moo-saeng telah menjelaskan dengan nyata bahawa dia tidak mempunyai kaitan dengan kes ini dan kami ingin memberitahu bahawa sekiranya cerita tidak berasas ini berterusan, kami akan mengambil tindakan tegas menerusi perundangan.

Malah nama Park Hae-jin turut disebut memandangkan mempunyai latar belakang yang sepadan dengan info disebarkan iaitu melakukan debut pada tahun 2006 selain turut menutup akaun Instagramnya pada pagi tadi. Jawab agensinya,

Park Hae-jin bukanlah pelakon berusia 40-an yang terlibat dengan kes dadah itu.

Nantikan berita lanjut mengenai kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...