Ikuti Kami:

Ini Aktiviti Istimewa WAJIB Korang Cuba Bagi Setiap Musim Berbeza Di Korea

Ini Aktiviti Istimewa WAJIB Korang Cuba Bagi Setiap Musim Berbeza Di Korea

Korea Selatan adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Asia. Dengan adanya landskap yang indah dan makanan yang lazat, ia berjaya menarik pengunjung dari seluruh negara untuk melancong ke sini.

Korang harus belajar tentang cuaca dan mengetahui masa terbaik jika ada merancang untuk ke Korea Selatan. Pastinya ia akan membantu untuk melancarkan perjalanan dengan lebih baik. Kali ini Kimchi Daily nak kongsi info tentang 4 musim di Korea.

Musim Bunga 

Korang sangat disarankan untuk melancong ke pulau Jeju apabila tiba musim bunga di Korea. Musim bunga akan tiba di antara bulan Mac sehingga Mei dan kalau nak lagi seronok korang boleh pergi pada pertengahan bulan April. Cuaca pada ketika itu sangat nyaman dan tenang kerana ia tidak terlalu panas dan tidak terlampau sejuk.

Aktiviti: Melawat Pesta Musim Bunga dan The Jeju Canola Flower Festival di Jeju.

Musim Panas 

Antara bulan Jun sehingga Ogos ialah musim panas di Korea. Pada musim panas, orang Korea serta pelancong lebih suka pergi ke tempat peranginan di tepi pantai. Korea Selatan mempunyai pantai yang luas serta air jernih di beberapa daerah termasuk Mangsang, Gyeongpo dan Hwajin. Selain itu pantai Laut Kuning dan Pulau Jeju juga sering dilawati kerana terkenal dengan keindahan alam semula jadinya.

Aktiviti: Melawat festival musim panas antaranya Festival Lumpur Boryeong pada Julai, Festival Celadon Gangjin, dan Incheon Pentaport Rock festival.

Musim Sejuk 

Korang tidak akan pernah merasa bermain salji di Malaysia dan ini merupakan musim terbaik untuk melancong ke Korea. Pada ketika ini pasti banyak aktiviti sukan luncur ski yang boleh ditonton secara langsung oleh pelancong. Korang dinasihatkan untuk memakai pelembap muka dengan kerap pada musim ini kerana risau cuaca yang terlampau sejuk boleh menyebabkan kulit korang menjadi terlampau kering.

Aktiviti: Antara tempat yang boleh dilawati ketika musim sejuk di Korea ialah Taman Budaya Teh Korea berhampiran dengan pantai Yulpo dan Pesta Cahaya Bintang E-World di Daegu

Musim Luruh 

Musim luruh di Korea akan bermula pada awal bulan September hingga November. Di Gyeongju dan Jinhae, korang boleh melihat atau menyertai pertandingan Marathon Cherry Blossom dan Festival Gunhangje yang terkenal.

Aktiviti: Melawat pulau Nami dan gunung Seorak.

Selamat bercuti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...