Ikuti Kami:

Ini 10 Pantang Larang Di Korea Selatan Yang WAJIB Korang Tahu

Ini 10 Pantang Larang Di Korea Selatan Yang WAJIB Korang Tahu

Disebabkan sempadan negara telah dibuka pada tahun ini, ramai rakyat Malaysia keluar melancong ke negara luar yang mereka ingin lawati terutama sekali ke Korea.

Jadi, KimchiDaily nak kongsikan kat korang 10 pantang larang yang perlu dipatuhi ketika berada di Korea. Ikut jangan tak ikut.

1. Memegang bawah mangkuk makanan

memegang bawah mangkuk nasi

Kalau korang nak tahu, di Korea, biasanya mereka akan hidangkan nasi di dalam mangkuk. Bagi mereka, memegang bawah mangkuk dianggap tidak sopan dan boleh mengakibatkan tangan melecur disebabkan mangkuk yang panas.

Jadi, korang kena ambil perhatian.

2. Perlu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memberi duit atau barang ke orang lain.

Kalau korang nak tahu, di negara Asia kita perlu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memberi dan menerima sesuatu seperti buah tangan atau duit kerana ia merupakan tanda hormat pada penerima dari pemberi.

Yang menerima juga perlu mengambilnya dengan kedua belah tangan supaya pemberi tak beranggapan bahawa penerima kurang berminat untuk menerima sesuatu darinya.

3. Jangan pernah main dengan penyepit makanan.

penyepit

Korang mesti selalu dengar mengenai tak boleh main dengan penyepit makanan di Jepun je kan? Di Korea juga sama seperti di Jepun di mana mereka turut menerapkan adab ini dalam budaya mereka.

Penggunaan penyepit makanan juga ada tatacaranya tersendiri. Antara contoh yang diketahui adalah korang tak boleh menikam makanan dengan penyepit kerana ianya nampak seperti korang menghina tuan rumah atau tukang masak yang memasak makanan tersebut.

Selain itu, korang juga tak boleh menegakkan penyepit kerana ianya akan menyerupai kemenyan yang dibakar pada majlis pengebumian dan juga dikatakan sebagai malang. 

Jadi, korang kena hati-hati okey!

4. Tidak boleh makan dan minum dalam bas

Yang ini agak rare untuk pelancong. Peraturan bas di Korea sudah lama diterapkan tetapi kebanyakan tourist masih melakukannya.

Kalau nak tahu, korang tak boleh bawa makanan atau minuman di dalam bas walaupun   makanan itu tertutup. Kalau pemandu bas mendapat tahu yang korang makan atau minum dalam bas, korang akan diturunkan dengan serta-merta atau kena bayar denda.

5. Jangan bercakap dengan kuat di tempat awam

bercakap kuat di tempat awam

Macam yang korang tahu, kita tidak boleh bercakap dengan kuat bila di tempat awam. Sama seperti di Korea, perkara asas ini walaupun diketahui semua tetapi ramai yang masih melakukannya.

Antara yang korang perlu tahu, ialah tidak membuat bising ketika berada di tempat awam. Kalau bercakap kuat di tempat awam, korang akan dianggap sebagai seorang yang rude. Jadi, korang perlu tahu perkara basic ini.

6. Tidak menunjukkan tattoo

Di Korea, tattoo adalah salah satu hal yang tidak dipandang baik untuk dimiliki oleh seseorang. Kalau korang perasan, tattoo pada selebriti Korea perlu ditutup dengan patch sebelum muncul di tv.

Di Korea, jika seseorang itu menayangkan tattoo, kemungkinan mereka tidak dilayan dengan baik dan akan kurang mendapat pekerjaan.

Biasanya, golongan yang berusia di sana beranggapan bahawa orang yang ada tattoo ini adalah seorang yang jahat.

7. Jangan meletakkan kaki di atas perabot

jangan meletakkan kaki di atas perabot

Bercakap sahaja pasal adab, Korea penuh dengan adab dan tatatertibnya sendiri. Salah satu adab yang ada di Korea juga adalah jangan meletakkan kaki di atas perabot.

Di Korea, kalau korang cuba untuk mengangkat kaki dan letak di atas perabot, ia akan dianggap sebagai kurang manis dan tidak beradab.

Tambahan, bawah tapak kaki kita kan kotor untuk diletakkan di atas perabot. Jadi, perkara ini tak boleh dijadikan sebagai satu kebiasaan!

8. Jangan letakkan duit atau kad kredit di atas kaunter pembayaran

Macam yang korang tahu, banyak negara terbiasa membayar dengan kad kredit atau secara tunai di kaunter dan meja makan.

Jadi, kalau korang berada di kedai makan atau kafe terutamanya di Korea, jangan tinggalkan duit atau kad kredit di kaunter pembayaran dan meja makan tau sebab ia dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan.

9. Menulis dengan dakwat merah

menulis dengan dakwat merah

Sama seperti Malaysia, di Korea menulis nama atau sesuatu dengan dakwat merah adalah seperti korang menginginkan seseorang itu meninggal dunia.

Disebabkan itu, kita dilarang untuk menulis apa-apa pun terutamanya nama orang dengan menggunakan dakwat merah.

10. Pilih tempat duduk yang betul di pengangkutan awam

Kalau korang datang ke Korea, tak semua tempat duduk dalam pengangkutan awam itu boleh diduduki tau, nanti orang Korea marah!

Kalau korang nak tahu, pengangkutan awam di sana mempunyai tempat duduk dikhaskan oleh golongan tertentu saja. Jadi, pastikan korang peka dengan tempat duduk yang mahu diduduki semasa menaiki pengangkutan awam.

Jadi, sebelum korang terbang ke Korea ingatlah 10 pantang larang ini tau!!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...