Ikuti Kami:

(KUIZ) Teringin Nak Pergi Korea? Jawab Kuiz Ni, Biar Kami Teka Tempat Mana Yang Best Untuk Korang!

(KUIZ) Teringin Nak Pergi Korea? Jawab Kuiz Ni, Biar Kami Teka Tempat Mana Yang Best Untuk Korang!

Setiap kali tonton K-drama atau layan artis Kpop kesayangan, korang mesti ada rasa teringin nak menjejakkan kaki ke negara Kimchi tu kan? Tu belum lagi tengok part diorang makan. Perghh… Terliur weyh!

Hihi.. Bukan korang je, Kimchi Daily pun sebenarnya teringin sangat nak pulang ke ‘kampung’ halaman. Ehh.. 

Memandangkan sekarang pun kita dah bebas melancong, inilah masanya untuk korang terbang ke Korea. 

Tak tau tempat mana yang korang nak pergi? Cuba jawab kuiz ni dulu.

Korea Selatan negara Muslim-friendly, senang nak cari makanan Halal!

Buat korang yang yang baru first time nak ke Korea, kami tahu korang excited nak pergi semua tempat kan? Kami harap kuiz dekat atas tu membantu korang buat keputusan.

Kalau korang yang ada rasa macam ragu-ragu nak pergi Korea sebab terbayang nak makan apa or cukup ‘muslim-friendly’ ke negara ni?

Korang dah boleh buang semua keraguan tu, sebab sejak budaya Korea mula tersebar ke seluruh dunia, semakin banyak produk Halal atau yang mendapat sijil Halal Korea mula dijual di pasaran mereka dan ada juga yang diimport.

Kira kalau korang masuk kedai serbaneka diorang, memang boleh jumpa produk Halal.

Nak cari restoran makanan halal pula, korang boleh ke Itaewon, Seoul. Dekat sini ada banyak kedai yang menawarkan hidangan Halal dan ia juga dikenali sebagai kawasan kejiranan berbilang-budaya. Itaewon ni sememangnya popular sebagai tempat tumpuan warga asing atau yang datang melancong ke Korea Selatan.

Rujuk SINI untuk senarai restoran Halal.

Ada satu perkara yang menarik, di Korea Selatan terdapat sebuah masjid yang mempunyai hubung kait dengan Malaysia (Seoul Central Mosque), di mana dana permulaan pembinaan masjid pertama di negara itu merupakan geran daripada kerajaan Malaysia yang berjumlah US$33,000 pada tahun 1962. Tak sangka kan?!

Lebih banyak pusat tarikan luar Seoul perkenal konsep Muslim-friendly!

Bukan itu saja, kini lebih banyak tempat tumpuan pelancong di Korea seperti di daerah Gangwon, Busan dan Jeju yang mesra Muslim (tak hanya bertumpu di Seoul). Malah tempat-tempat ni turut menyediakan ruang khas untuk bersolat tau!

Ini kami kongsikan sedikit tempat makanan halal supaya korang boleh luaskan peta ‘jajahan’ apabila merancang percutian ke Korea.

Busan

Merupakan bandar kedua terbesar di Korea Selatan, di Busan terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Busan Al-Fatah.

Berbeza di Seoul, Busan lebih terkenal dengan keindahan alam dan makanan lautnya. Antara restoran makanan yang popular ialah Eobu yang terletak berdekatan dengan Haeundae Beach, tempat ni terkenal dengan kerang panggang dan Hurgsiru yang menawarkan makanan tradisional Korea yang instagrammable.

Selain tu, di Busan korang juga boleh dapat makanan mesra muslim yang lain seperti Cappadocia (makanan Turki), Punjab (makanan India), Mugunghwa, Lotte World dan lain-lain lagi.

Gangwon

Gangwon-do mempunyai banyak “hidden gems” yang korang boleh terokai di Korea. Bukan hanya terkenal dengan Pulau Nami lokasi penggambaran drama terkenal Winter Sonata. Terdapat banyak tarikan menarik yang dah ditambah ditempat ini seperti Gangneung Arte Museum, Chuncheon Legoland, Eyes of Sokcho Ferris Wheel.

Di Pulau Nami, terdapat satu restoran dikenali sebagai Dong Moon yang menawarkan makanan tempatan dan mempunyai perakuan Halal. Lagi menarik, restoran ini turut menyediakan ruang solat yang lengkap untuk umat Islam tau.

Untuk pengetahuan, kebanyakkan resort ski di Gangwon juga mesra muslim seperti Vivaldi Park Ski World dan Alpensia Resort yang turut mempunyai ruang solat yang lengkap.

Pulau Jeju

Kalau korang nak ke Pulau Jeju, di pulau itu saja terdapat 28 buah restoran mesra Muslim yang menawarkan hidangan tradisional Korea, barat, masakan India dan vegan. 

Lokasinya seperti di kawasan berdekatan Dongmun Market (Jeju Dining Tammora, The Blue), Iho Tewoo Beach (Jeju Degehoe Town, Yongduam Badan Hoeguksu) dan Jungmun Tourist Complex (Chunsimine, NARNIA Restaurant & Cafe).

Manakala terdapat 13 ruangan solat bagi memudahkan urusan umat Islam beribadat seperti di Lapangan Terbang Antaranbangsa Jeju, Ilchul Land dan Muzium Teddy Bear.

Tips jimat melancong ke Korea!

Kami ada satu tips untuk korang lebih jimat bila travel ke Korea iaitu dengan memuat turun aplikasi Klook dan mungkin korang boleh cuba aktiviti ni untuk feeling macam k-drama yang korang tonton!

  1. Lotte World

Ni tempat dating paling famous untuk couple dalam K-drama. Kalau pergi Korea inilah tempat yang korang tak boleh miss. Dekat sini ada lebih 50 tarikan yang korang boleh cuba bersama pasangan atau kawan-kawan seperti Atlantis, Gyro Swing, Camelot Carousel dan banyak lagi. 

Kalau nak skip line panjang, korang boleh dapatkan Magic Pass dengan Klook, nak lagi best beli tiket kombo untuk menyaksikan Tangki Ekologi Lautan terbesar di dunia, Akuarium Dunia Lotte! 

  1. East Coast Cultural Day Tour, Busan

Tak tau nak buat apa kalau pergi Busan? Haa.. Korang boleh join lawatan budaya sehari di Busan (Busan East Coast Cultural Day Tour).

Korang akan dibawa menerokai salah satu tempat tarikan pelancong paling popular di Busan iaitu Taejongdae yang mempunyai tebing setinggi 250 meter.

Kemudian korang akan menaiki kereta api Taejongdae Danubi untuk melawat rumah api, dek pemerhatian dan Kuil Taejongsa. Haa… Masa tour ni juga korang akan singgah ke kampung budaya Gamcheon yang famous dengan rumah warna-warni, yang selalu tengok K-drama dengan Running Man mesti tau!

  1. Gimnyeong Yacht Cruise Tour in Jeju

Teringin nak tengok ikan lumba-lumba berenang riang di depan mata? Mungkin korang boleh cuba join Gimnyeong Yacht Cruise Tour di Pulau Jeju.

Korang akan dibawa menaiki kapal persiaran mewah merentasi perairan Gimnyeong yang famous dengan penampakan ikan lumba-lumba.

Nak tengok ikan lumba-lumba ni kena ikut nasib jugalah, tapi kami pasti pengalaman menaiki kapal persiaran mewah mesti sukar untuk dilupakan!

4. Alpaca World, Nami Island & Rail Bike Tour

Selalunya bila sebut Pulau Nami mesti orang akan ingat Winter Sonata, tapi sebenarnya tempat ni lebih daripada tu!

Bila sampai Pulau Nami, agak-agak korang dah clueless nak buat apa, korang buka je apps Klook dan beli tiket untuk join Alpaca World, Nami Island & Rail Bike Tour.

Korang boleh ambil gambar dengan alpaca yang comel dan menikmati keajaiban Pulau Nami yang memberikan vibes berbeza apabila bertukar musim.

  1. Hanbok Rental at Jeonju Hanok Village

Tak lengkap ke Korea kalau korang tak pakai Hanbok! 

Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke perkampungan Jeonju Hanok untuk sewa hanbok. Sambil pakai hanbok, korang bolehlah jalan-jalan di sekeliling perkampungan tu dan abadikan kenangan indah korang dan bentuk video dan gambar.

Nak dapatkan harga promosi? Jangan lupa dapatkan baucar di Klook!

Travel jadi lebih mudah dengan Klook!

Senangnya bila ada Klook

Korang tau tak dengan Klook korang boleh dapat lebih penjimatan sebab Klook selalu ‘murah hati’ tawarkan diskaun. 

Lepas beli daripada apps Klook korang akan dapat QR kod, so nanti bila korang nak masuk tempat tarikan tu tinggal scan je, tak perlu lagi nak print tiket fizikal.

Apa yang menarik lagi, tiket yang korang beli tu pun fleksibel. So korang boleh beli tiket untuk open date atau kalau nak batalkan pun boleh. 

Korang juga akan dapat kredit Klook dengan setiap pembelian tiket tau dan kredit tu boleh digunakan untuk pembelian akan datang. Best tu!

Tunggu apa lagi? Rancang perjalanan Korea korang dengan Klook. Muat turun aplikasi Klook sekarang di Play Store dan App Store untuk menikmati lebih banyak diskaun eksklusif, potong ‘queue’ untuk beratur beli tiket dan paling penting transaksi atas talian yang pantas dan selamat!

Untuk maklumat lanjut mengenai Klook layari www.klook.com.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...