Ikuti Kami:

Ingin Tingkatkan Kualiti Produksi, ‘Red Balloon’ Akan Batal Tayangan Minggu Ini

Ingin Tingkatkan Kualiti Produksi, ‘Red Balloon’ Akan Batal Tayangan Minggu Ini

Ada tak yang tengah seronok layan drama “Red Balloon” sekarang?

Terbaru pada 20 Januari, sumber dari drama itu menyatakan bahawa “Red Balloon” yang sudah ditayangkan hingga episod 10 pada minggu lalu, akan batalkan tayangan pada minggu ini untuk memastikan kualiti produksi yang lebih baik dan lengkap.

Oleh itu, episod 11 dan 12 yang dijadualkan untuk tayang pada 21 dan 22 Januari ini, sebaliknya akan menemui penonton pada 28 dan 29 Januari nanti.

tv chosun red balloon

Dalam pada itu, “Red Balloon” yang diterajui Seo Ji-hye, Lee Sung-jae, Hong Soo-hyun dan Lee Sang-woo, membawa kisah penyakit yang dilalui semua iaitu keinginan yang dipendam. Ia menggambarkan cerita menyentuh hati mengenai individu yang cuba mencapai kemahuan yang menyakitkan jiwa.

Sabar tau korang tunggu episod seterusnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...