Kalau dapat bercuti ke Korea pada musim panas mesti seronok kan?
Korea Selatan menawarkan pantai bertaraf dunia, yang memuaskan keinginan pelancong untuk percutian menyeronokkan.
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pantai paling kerap dikunjungi oleh pelancong luar negara.
Pantai Seobin
Korang boleh menikmati keindahahan pantai ini sambil makan aiskrim kacang yang enak, dijual oleh penduduk tempatan. Selain itu, selami keindahan air jernih berwarna biru yang berkilauan di Pantai Seobin. Ini adalah tarikan semula jadi yang indah dan merupakan satu-satunya pantai batu karang terbaik di Korea Selatan.
Pantai Jangho
Dikenali sebagai ‘Naples of Korea’, Pantai Jangho di Samcheok, Wilayah Gangwon adalah tempat yang mesti dikunjungi jika ingin snorkeling di Korea. Airnya jernih seperti kristal, membolehkan para snorkel melihat di bawah air dengan mudah. Korang juga boleh menaiki sampan lutsinar yang membolehkan untuk melihat makhluk bawah air dengan jelas.
Selain itu, ia membantu untuk kosongkan fikiran daripada tekanan dan kebimbangan dengan meluangkan masa seharian di pesisiran pantai Jangho.
Pantai Sokcho
Pantai Sokcho ialah tempat popular untuk dikunjungi sepanjang tahun dan ianya terletak di wilayah Gangwon-do. Bukan sahaja dapat melihat pemandangan laut yang berkilauan di Pantai Sokcho, tetapi korang juga boleh menyaksikan landskap gunung Seoraksan yang menakjubkan! Korang sangat disyorkan untuk mengunjungi pantai ini.
Pantai Jeongdongjin
Jeongdongjin ialah pantai yang terkenal di Gangneung kerana warna airnya seakan biru zamrud dan pemandangan matahari terbit yang sangat merah. Walau bagaimanapun, terdapat lebih banyak sebab untuk melawat Jeongdongjin. Di sini, korang boleh bersiar-siar melihat pemandangan laut yang luas dengan hanya mengayuh basikal. Laluan untuk mengayuh dan menyewa basikal juga ada disediakan.
Selain itu, korang juga boleh meluangkan masa melihat pemandangan yang menarik dengan berjalan kaki di pesisiran pantai yang dianggarkan sepanjang 2.8KM.
Pantai Gwangalli
Pantai Gwangalli merupakan salah satu pantai yang popular di kawasan Busan. Pantai ini sangat baik untuk dikunjungi pada waktu siang dan malam. Hal ini kerana, pengunjung boleh berenang di dalam air biru zamrud pada waktu siang, dan melihat pemandangan Jambatan Gwanandaegyo yang menerangi langit gelap pada waktu malam.
Selamat bercuti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.