Ikuti Kami:

Ingin Sertai Program Dating, Daesung BIGBANG Sudah Bersedia Untuk Kahwin?

Ingin Sertai Program Dating, Daesung BIGBANG Sudah Bersedia Untuk Kahwin?

Sudah pun mencecah usia 34 tahun, Daesung pastinya ada terfikir tentang perkahwinan.

Baru-baru ini, Song Hae-na yang merupakan MC untuk program dating SBS “I Am Solo”, telah melancarkan video baru di saluran YouTubenya, di mana nama Daesung BIGBANG ada disebut.

Menarik perhatian, wanita itu mendedahkan,

Saya pergi ke majlis perkahwinan Se7en dan Da-hae haritu. Pada masa itu, Daesung mendekati saya dan berkata bahawa dia benar-benar mahu menyertai program ‘I Am Solo’. Dia juga bertanya kepada saya sama ada dia boleh muncul sebagai MC tetamu.

daesung

Untuk pengetahuan, “I Am Solo” ialah program temu janji hiperrealistik, di mana lelaki dan wanita yang ingin berkahwin akan berkumpul dan mengenali antara satu sama lain.

Memandangkan Daesung tidak pernah terpalit dengan khabar angin percintaan, peminat rata-rata teruja sekiranya memang benar idola itu akan muncul dalam program berkenaan.

Wuuu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...