Ikuti Kami:

“Awak Benci Saya Ke?” – Peminat Terhibur Dengar Perbualan Antara CL & Daesung

“Awak Benci Saya Ke?” – Peminat Terhibur Dengar Perbualan Antara CL & Daesung

Meskipun sudah tidak bernaung di bawah agensi yang sama namun, persahabatan antara ahli BIGBANG dan 2NE1 masih utuh sehingga ke hari ini.

Terbaru, CL 2NE1 telah menyiarkan beberapa foto di laman Instagram, di sekitar majlis perkahwinan Se7en dan Lee Da-hae yang berlangsung pada 6 Mei, di Hotel Shilla, Seoul.

Selain itu di Instagram Story, CL juga turut berkongsi videonya sedang menegur bekas rakan agensi iaitu Daesung BIGBANG dan memanggilnya,

Abang..abang..

Terkejut melihat dirinya dirakam, Daesung memberi respon,

Kenapa?

Jawab CL secara berseloroh,

Kenapa awak macam tu dengan saya..Awak benci saya ke?

Respon Daesung kembali sambil ketawa,

Apa yang bencinya? Itu kerana saya sangat menghargai awak.

Alahai comel je dorang ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...