Ada BIGBANG, 2NE1, Ramai Artis YG Entertainment Berkumpul Di Majlis Kahwin Se7en
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Seronoknya tengok ramai rakan artis di YG Entertainment kembali bersatu setelah sekian lamanya!
Terbaru, CL dan Dara 2NE1 telah menyiarkan beberapa foto di akaun sosial media mereka, di sekitar majlis perkahwinan Se7en dan Lee Da-hae yang berlangsung pada 6 Mei, di Hotel Shilla, Seoul.
Khususnya dalam gambar yang dikongsi, ramai artis yang pernah atau masih bernaung di bawah agensi YG Entetainment turut menghadiri majlis tersebut. Antara selebriti yang dilihat hadir adalah ahli BIGBANG seperti G-Dragon, Taeyang dan Daesung.
Selain itu, ahli 2NE1 Minzy, CL dan Sandara Park, pelakon Lee Soo-hyuk, Jinusean, Song Baek-kyung dan ramai lagi rakan artis yang lain.
사랑하는 사람들과 함께 행복했던 하루🥰
정작 주인공과 찍은 사진이 없네… ㅋㅋㅋ 😅
세븐♥️다해 🤵🏻👰🏻♀️ 결혼 너무너무x21 축하하구 영원히 서로 사랑하고 아끼며 지금처럼 이뿌게 살아🥳🥳🥳 #동욱이장가간날 #패밀리 #Family 🎉🎊 pic.twitter.com/rbcENwwkk7— Sandara Park (@krungy21) May 7, 2023
Meskipun Se7en dan beberapa selebriti sudah berpisah dari YG Entertainment namun, persahabatan mereka masih kekal utuh hingga ke hari ini.
Sementara itu, peminat juga rata-rata teruja melihat pertemuan semula keluarga YG, dan meninggalkan komen seperti,
Saya sangat menyayangi YG.
Seronok melihat mereka masih rapat.
Saya sangat merindui tahun 2010.
Wah, menggamit memori sangat!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




