Ikuti Kami:

“Aura Idola Masih Kuat” – Peminat Teruja Lihat Reunion Taeyang & Daesung Dalam Video Baru

“Aura Idola Masih Kuat” – Peminat Teruja Lihat Reunion Taeyang & Daesung Dalam Video Baru

Tidak aktif sebagai kumpulan, peminat pastinya teruja melihat interaksi antara ahli BIGBANG.

Terbaru pada 5 Mei, Taeyang telah melancarkan video tarian “Shoong Challenge” bersama Daesung, di laman Instagram peribadinya.

Dalam video yang dikongsi, kedua ahli BIGBANG itu dilihat berada di agensi baru Daesung ‘D-Label’, sambil menunjukkan gerak tarian mereka yang lincah, tidak berubah dari dulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TAEYANG (@__youngbae__)

Antara reaksi peminat selepas melihat video itu,

Mini reunion yang kami tidak sangka dan kami sangat menyukainya! Hati VIP saya sangat gembira.

 

Lihatlah betapa comel dan kacaknya mereka berdua!

 

Saya harap Daesung akan mengekalkan rambut seperti ini untuk album solonya nanti. Dia kelihatan sangat tampan 😍

 

Walaupun dah lama tak aktif, mereka tetap mempunyai aura seorang idola yang kuat. Saya tak boleh nafikannya.

Tidak lama kemudian, nama Taeyang dan Daesung terus trending di Twitter, membuktikan bahawa ramai yang seronok melihat interaksi antara dua penyanyi itu.

Makin rindu BIGBANG!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...