Penampilan diri sangat penting untuk kelihatan yakin setiap hari. Selain daripada muka, penjagaan rambut juga sangat penting tidak kira bagi wanita mahupun lelaki.
Perkongsian di bawah ialah berkaitan dengan syampu jenama Korea yang boleh membantu korang merawat masalah rambut tanpa perlu ke klinik.
Ryo
Ia boleh merawat masalah rambut gugur. Syampu Ryo dikayakan dengan formula ektrak ginseng yang membantu menguatkan akar rambut. Di samping itu, lelaki dan perempuan boleh menggunakan syampu ini.
Kundal
Didatangi dengan pelbagai pilihan menarik, produk Kundal telah menjadi fenomena bagi remaja di Malaysia. Bau yang sangat wangi serta fungsinya untuk melembutkan rambut berjaya menarik perhatian ramai orang. Keberkesanan produk ini terbukti apabila ianya laris terjual di hampir semua drugstore.
Aekyung Kerasys
Syampu Aekyung Kerasys diformulakan dengan minyak argan, jojoba dan ginseng. Bahan-bahan ini membantu mengurangkan keguguran rambut dan boleh merawat masalah kelemumur. Untuk korang yang mengalami masalah kegatalan kulit kepala, syampu ini dapat mengatasi masalah itu.
Pyunkang Yul
Semua produk Pyunkang Yul mempunyai sifar kerengsaan. Ia diformulakan dengan bahan EWG Green dan formula minimalis yang juga bebas pewangi serta warna. Produk ini benar-benar menumpukan pada formula yang bersih dan ringkas, semestinya sesuai dengan banyak jenis kulit.
Daeng Gi Moe Ri Gold
Syampu jenama ini sangat berkesan untuk rambut yang pernah diwarna kerana ia dapat membantu meneutralkan bahan kimia yang terdapat pada pewarna itu. Tambahan, perapi rambut daripada Daeng Gi Moe Ri Gold dibukti berkesan untuk melembapkan kulit kepala.
Apothehair
Syampu dari Korea ini sangat bagus kerana ia diformulakan daripada herba organik tanpa bahan kimia. Bahan utama yang ada dalam syampu ini ialah ginseng daripada Geumsan. Rata-rata pengguna mengakui syampu organik ini memberi kesan akhir yang lurus dan bersinar pada rambut.
Esthetic House CP-1
CP-1 sangat senang untuk digunakan di mana teksturnya yang ringan memberi kesan menerujakan kepada pengguna. Ianya sangat sesuai untuk seseorang yang mempunyai masalah rambut kering dan kusut. Tambahan pula, ia juga dapat melebatkan rambut.
Aromatica
Syampu ini sangat wangi dengan bau sitrus semula jadi. Walaupun wangi, ia hanya menggunakan bahan organik sahaja. Oleh sebab itu, Aromatica syampu sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut nipis kerana ia boleh membantu anak rambut tumbuh dengan sihat.
Rupanya tak susah pun nak jaga rambut, kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉